Media Umno Laporkan Peserta Bantahan Mula Cetuskan Provokasi
Pemimpin pembangkang dan peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat semakin melanggari syarat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, apabila mula cuba mencetuskan pelbagai provokasi.
Tinjauan Bernama mendapati terdapat peserta yang memenuhi jalan raya di sekitar Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, turut mencerca dan memukul gambar pemimpin negara pada kain rentang yang dibawa dengan menggunakan selipar.
Mereka turut menyanyikan lagu dengan lirik berunsur menentang kerajaan, selain terdapat kalangan mereka yang membawa kain rentang, pembesar suara dan kanak-kanak, yang menyalahi syarat APA 2012.
Lagu-lagu itu, dengan diiringi sebuah kugiran, memasukkan lirik seperti "kangkung, bantah CBP, tolak CBP, hancur BN dan kuasa rakyat".
Peserta perhimpunan juga dilihat membuang sampah merata-rata di sekitar lokasi perhimpunan, manakala para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kelihatan bersiap sedia bagi membersihkan kawasan berkenaan selepas perhimpunan yang dijangka berakhir 5 petang ini.
Tinjauan turut mendapati sebuah helikopter milik polis dilihat berlegar-legar di udara bagi membuat tinjauan perhimpunan itu.
Sementara itu, Jalan Tuanku Abdul Rahman ditutup ketika ini dan trafik dilencongkan ke Jalan Raja Laut. - Bernama
BLM

No comments:
Post a Comment