Merafak takziah dari calon DAP PRK Parlimen Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, atas kemangkatan DYMM Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.
Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada hari Rabu 28 Mei 2014.
Patik dengan dokongan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri. Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan takwa.
Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih di atas pemergian Paduka Seri yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan.
Dyana Sofya Mohd Daud
Sultan Azlan Shah mangkat
KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah disahkan mangkat pada 1.30 petang tadi. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir.
Jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.
Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Nama baginda mula menjadi sebutan ramai apabila dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-5 Pada 12 November 1982. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
Almarhum ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II. Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984 dan majlis pertabalan Pada 9 Disember 1985.
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. -HARAKAHDAILY 28/5/2014

No comments:
Post a Comment