Generasi Dyana Sofya: Umno semakin terpinggir dan dipinggirkan ?
Muktahir tindakan-indakan pemuda Umno cukup memualkan. Lazimnya Umno Bn bersama-sama media arus perdana yang mereka kuasai dulu kini dan selamanya lazimnya menyerang dan membenam parti dan pemimpim pembangkang sehingga tidak terangkat muka mereka. Umno dan para pemimpin membelasah pembangkang dengan semahu mahunya. Samada isu itu ada etika atau tidak bertika dengan menolak sama sekali nilai moral dan sivik serta melanggar lalu batas-batas keagamaan pun. Dan mereka 'tidak ada pengalaman diserang balas. seperti mana apa yang berlaku sekarang.
Serangan balas - serangan balas terhadap Umno dan pemimpin yang celaka kini terbalas sejak 60 tahun Umno berada di bumi Malaysia. Dan serangan ini tersebar melalui media sosial yang tidak terkekang oleh mereka dan ramai pengikut dan pendokong setia Umno Bn terasa panas dan tercabar.
Kemarahan luarbiasa bila Umno dicelakakan oleh seorang pemimpin DAP. Kecaman itu adalah kecaman politik. Jauh lalu niat pemimpin pembangkang bagi membangkitkan soal rasicisme.
Namun, media arus perdana meniup berita berkenaan, supaya nmpak Umno jantan dan bertelur dengan sebahagian pemuda Umno menyerang secara keterlaluan ke pejabat DAP dan pemimpin DAP. Pelbagai kecaman dan ancaman dilakukan ke atas pemimpin DAP yang kebetulan berbangsa Cina.
Dan kini berlakulah tindakan-tindakan beremosi untuk cetuskan kemarahan. Rakyat diajak dan diseret bersama. Inilah bentuk permainan serta strategi politik parti Umno.
Penulis pun adalah datang daaripada keluarga Umno. membesar dalam negeri Umno dan segalaa-galanya amat terhutang budi dengan Umno, kerana Umno maenjadi kerajaan. Dan rasanya jasa Umno telah penulis bayar. Dan kini penulis walaupun tidak sezaman dengan Dyana Sofya calon DAP bagi PRK Teluk Intan yang 'hilang selera' dengan Umno. Penulis pun sama rasanya, selera terhadap Umno berkurangan dan telahpun lenyap.
Alasannya, terlalu banyak....kesimpulan nya perjuangan Umno bukanlah inspirasi generasi muda masa kini !!!!
No comments:
Post a Comment