Pages

Wednesday, 28 May 2014

UNDI AWAL: Dyana Sofya memantau pusat pengundian... 392 daripada 410 keluar mengundi...

Rabu, 28 Mei 2014


PRK TELUK INTAN: UNDI AWAL
9.33 pagi - Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud hadir memantau pusat mengundi awal.#PRKTelukIntan
Sumber: Facebook Polisperak

PRK TELUK INTAN: UNDI AWAL
9.45 pagi - Calon BN, Dato Mah Siew Keong tiba di pusat undi bagi melihat perjalanan undi awal.#PRKTelukIntan

Sumber: Facebook Polisperak

Gambar: PRK TELUK INTAN: UNDI AWAL

Seorang anggota sedang menunaikan tanggungjawab mengundi.#PRKTelukIntan

Sumber: Facebook Polisperak
Sumber: Facebook Polisperak

95.61 % PENGUNDI AWAL MENGUNDI HARI INI


TELUK INTAN, 27 Mei -- Sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Pengarah SPR Negeri Perak Ahmad Adli Abdullah berkata proses pengundian awal yang bermula sejak 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar.

"Selain itu ejen calon, penyokong dan calon parti itu sendiri memberikan kerjasama yang baik," katanya kepada pemberita selepas pusat pengundian awal itu ditutup.

Katanya peti undian awal yang dimeteri itu kemudiannya dibawa ke Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk disimpan di dalam peti besi sebelum kiraan kertas undi dilakukan pada Sabtu ini bersama kertas undian pengundian biasa.

Beliau menggesa penyokong dan parti politik yang bertanding serta calon yang bertanding supaya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang pilihan raya bagi memastikan keseluruhan perjalanan PRK Parlimen Teluk Intan berjalan dengan baik.

"Sekali lagi saya ingatkan supaya parti politik tidak mewujudkan 'barung panas' di kesemua pusat pengundian pada Sabtu ini kerana ia tidak dibenarkan.

Mereka juga diminta untuk mengawal penyokong mereka pada hari berkenaan,"katanya.

Ahmad Adli berkata SPR akan membuat persiapan terakhir bagi proses
pengundian biasa pada Jumaat ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib bermula pukul 8 pagi.

"Pada hari pengundian Sabtu ini, kita menjangkakan SPR akan mula menerima Borang 14 (yang mengandungi maklumat keputusan pengiraan undi) pada pukul 6.30 petang, selain itu bagi Parlimen Teluk Intan ini ada juga pusat pengundian yang jauh dari pusat penjumlahan rasmi undi yang dibuat di sekolah yang sama," katanya.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment