Yang ni namanya aksi CELAKA
Lain la kalau Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Nordin yang menceroboh' Sidang Dun Penang tu memang wakil rakyat yang sah.
Malaysiakini melaporkan:Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Law Choo Kiang menyatakan rasa kecewa dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden merempuh masuk ke dalam Dewan oleh sekumpulan lelaki hari ini yang tidak berpuas hati dengan kenyataan anggota DUN Seri Delima R.S.N Rayer semalam mengenai Umno.Sumber: Yang ni namanya aksi CELAKA HARAM JADAH (koleksi video dan gambar) | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/05/penchachai-umno-ceroboh-sidang-dun-penang.html#ixzz32QDktqXY
Law dalam kenyataan yang dibacakan ketika memulakan sidang DUN pada sesi petang berkata perkara ini tidak pernah berlaku dalam persidangan DUN dan ia mencemar sejarah politik negara. - Mkini.
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook
Pecah masuk Dun cemar kemuliaan dewan – Speaker
MAY 22, 2014
SALMIYAH HARUN | 21 Mei 2014. (Harakahdaily)
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menggesa pihak polis menyiasat segera insiden pecah masuk oleh sekumpulan perusuh ke dalam sidang dewan hari ini.
Ini kerana katanya, bagi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara.
“Saya minta agar pihak polis dapat mengadakan kawalan keselamatan di hadapan pintu masuk DUN dari sekarang hingga sidang DUN tamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan ketidapuasan hati terhadap sesuatu isu.
“Dari melakukan tindakan yang kasar dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemarkan kemuliaan dewan ini, yang jelas melanggar undang-undang negara,” tegas beliau.
Beliau melahirkan kekecewaan dengan insiden yang berlaku malah ianya tidak pernah berlaku sepanjang sejarah sidang DUN di negeri itu.
Keadaan itu, katanya sekaligus mencemarkan sejarah politik negara.
Sidang DUN Pulau Pinang kecoh apabila kira-kira 10 orang telah memecah masuk ke dewan untuk menyatakan bantahan ekoran kenyataan wakil rakyat Seri Delima daripada DAP menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng di laman rasmi Facebooknya turut memuatnaik status “Umno Pulau Pinang bertindak biadap di DUN Pulau Pinang”. – HARAKAHDAILY 21/5/2014
No comments:
Post a Comment