Hutang Negara Malaysia 2014 : 16 Tahun Defisit!!
Melihatkan rekod hutang negara Malaysia sekarang ini, Berita Semasa sudah tahu jawapannya.
- Cukai GST dikenakan disebabkan perbelanjaan tidak terkawal & keterlaluan kerajaan Malaysia selama ini, tidak padan dengan cukai, pendapatan tiap-tiap tahun negara kerajaan terus berhutang dan berhutang dan mewujudkan situasi defisit demi defisit selama 16 tahun berturut-turut
- Setelah berhutang selama 16 tahun, kadar hutang negara sekarang ini telah melanggar peraturan berhutang yang mana mencapai paras siling yang dibenarkan iaitu pada kadar 55% daripada KDNK negara
- Yang lebih bahaya lagi, ialah ia kana menyebabkan institusi dan pasaran kewangan antarabangsa mula tidak yakin dengan kemampuan kerajaan Malaysia untuk membayar hutang
- Jikalau sebelum ini, apabila kerajaan menerbitkan hutang, kerajaan hanya akan dikenakan pada kadar yang rendah sekitar 3% contohnya.
- Oleh kerana sekarang ini, kadar keberhutangan negara sekarang cukup tinggi menyebakan kadar faedah hutang akan turut naik sehingga 5%-6%
Nah…oleh sebab itu, kerajan tidak punyai banyak pilihan untuk berhutang sewenang-wenangnya seperti yang diamalkan sebelum ini. Akhirnya penyelesaiannya alternatif terbaik yang difikirkan kerajaan adalah dengan mengambil pilihan kedua.
- Berhutang sudah tidak boleh “rancak” seperti dahulu
- Kaut dana tambahan melalui cukai GST
- Selesai sudah sedikit masalah dan bebanan hutang kerajaan. Rakyat marhaen?
Rakyat Malaysia dididik jikalau gaji sekadar RM3500 jangan pakaiMercedes, jangan berbelanja mewah yang melebihi kemampuan pendapatan. Hidup dengan gaya dengan gaji RM3500. Betul bukan?
Begitu juga kepada kerajaan Malaysia, sila semak semula bagimana kamu mentadbir amanah rakyat dan sumber mahsul serta kekayaan negara selama ini. Jikalau kerajaan Malaysia kawal perbelanjaan dan menguruskan dana serta kewangan negara dengan cermat tanpa elemen rasuah dan penyelewengan yang kerterlaluan, Insyaallah cukup pendapatan yang diperolehi kerajaan cukup untuk diuruskan dan dibelanjakan.
Pakar ekonomi menjangkakan kesan keseluruhan dengan pelaksaan cukai GST kelak, harga barang akan naik dan diramalkan negara bakal dihimpit kadar inflasi pada kadar 6%-8% pada tahun pertama cukai GST dilaksanakan kelak berbanding 2.5% @ 3% sekarang ini. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati kadar inflasi 8% adalah pada ketika tahun 2008 ketika harga minyak dinaikkan cukup tinggi & mendadak dahulu.
P/S : Ubat ini semua ubat baik betul atau tidak? Ubat secara dasarnya semuanya baik. Salah bagi ubat pada demam atau sakit yang salah, akan menjadi mudarat. Cukai ini semuanya dibuat ada tujuan khusus masing-masing. Cukai GST ada kelebihan daripada segi kutipan yang efisennya. Tetapi harapan Berita Semasa biarlah “ubat ini” diberikan pada masa dan sakit yang sesuai baru boleh sembuh. Insyaallah.
PP/S : Orang kata Malaysia hutang lebih 55% masih lagi OK sedangkan Jepun berhutang sehingga 241.2% daripada KDNK mereka, Singapore 97.7%, Amerika 83.2%, United Kingdom 96.7%. Sebenarnya orang tidak bimbang hutang Singapore, UK, USA, Jepun lebih GDP kerana mereka ini negara maju, ekonomi negara mereka kukuh, simpanan mereka banyak, kuasa ekonomi mereka contohnya dollar dan Yen mempunyai pengaruh yang besar di dunia yang man mereka mampu mengawal matawang mereka. Malaysia?
SELAMATKAN MALAYSIA .....
Pendapatan yang gagal ditingkatkan, lonjakan harga barangan dan perkhidmatan, pelbagai jenis sistem percukaian yang dikenakan. Semua adalah gambaran kegagalan urustadbir yang baik bagi sesebuah kerajaan rakyat.
Ini adalah gambaran ketidakcekapan bagi sesbuah kerajaan. Dengan merujuk negara Malaysia, yang diakui dan digambarkan oleh dunia, bahawa antara negara yang 'terkaya' atau 'paling kaya sumbernya didunia.
Dengan indeks persepsi dan realiti ini Malaysia sepatutnya dibina dan dijadikan antara gergasi ekonomi rantau ini. Tanpa memainkan sentimen rasis perkauman, seharusnya Malaysia yang diurustadbir majoriti teknokrat satu bangsa gah sepatutnya tidak 'dhaif' di mata dunia kini.
Dengan jumlah bebanan hutang 1/2 trillion, apa bakal jadi dengan masa depan negara ini? Siapakah yang harus dipersalahkan ? Rakyat kini hidup dengan penuh ketakutan. Berbekalkan sumber biodiversiti yang dikatakan paling tua di dunia ? Apakah lagi jenis-jens kebanggaan yang boleh rakyat sandarkan dengan negara ini ?
Kini, pilihannya adalah satu, rakyat perlu bangkit dan buat tranformasi dengan menukar keseluruhan pasukan yang ada dengan melantik pengurusan yang baaru bagi urustadbir negara ini.
Jika, tidak kita sudah terlambat, negara sedang menuju kebangkrapan. Di hadapan adalah Lautan Muflis yang bakal kita daratkan negara ini. Aduhai... cerdikpandai marilaah kita SELAMATKAN NEGARA INI
No comments:
Post a Comment