Pages

Monday, 23 June 2014

Indeks Jenayah: Anda mungkin menjadi mangsa penipuan...

Isnin, 23 Jun 2014

Gambar: PENIPUAN BOMOH 

SCAM ALERT: Pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan tawaran mana-mana individu yang kononnya mempunyai kuasa untuk membuang nasib malang atau memperoleh keuntungan tanpa perlu berbuat apa-apa. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan. 

Antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:
 
Kes pertama
 1. Sindiket menemui mangsa dan mengatakan keluarga mangsa telah mendapat nasib malang. 
 2. Mangsa diyakinkan oleh individu lain yang berada berdekatan mangsa kononnya pernah mengalami masalah sama.
 3. Sindiket mengarahkan mangsa supaya menyerahkan wang dan barang kemas untuk upacara sembahyang bagi membuang nasib malang tersebut.
 4. Wang dan barang kemas mangsa akan dibungkus untuk disembahyangkan. 
 5. Selepas upacara sembahyang berakhir, sindiket menukar bungkusan tersebut dan menyerahkan bungkusan lain kepada mangsa. 

 Kes kedua
 1. Sindiket akan mengedarkan risalah ke rumah mangsa, menyatakan bahawa orang awam akan memenangi nombor ekor dengan bantuan bomoh Siam.
 2. Mangsa yang terpedaya dengan risalah itu akan menghubungi sindiket dan sindiket pada awalnya akan menyamar sebagai pembantu bomoh dan selepas itu sebagai bomoh Siam. 
 3. Sindiket meminta mangsa memasukkan wang secara berperingkat dengan sejumlah yang ditetapkan ke dalam akaun miliknya dengan alasan perlu membuat sembahyang khas untuk mendapatkan nombor ramalan dan sekiranya tidak berbuat demikian mangsa akan ditimpa malang.
 4. Selepas menerima wang itu, sindiket akan memberi alasan tertentu bagi mengelak berjumpa mangsa dan melarikan diri sehingga tidak dapat dihubungi.

 Kes ketiga
 1. Sindiket mendekati mangsa dan menunjukkan batu azimat kononnya mempunyai kelebihan tertentu dan boleh mengubati penyakit. 
 2. Bagi menyakinkan mangsa, suspek membuat demonstrasi seperti mencelupkan batu tersebut ke dalam air yang menyebabkan air tersebut menjadi panas atau bertukar warna.
 3. Mangsa yang mempercayai kelebihan batu tersebut akan membeli dengan harga tinggi.
PENIPUAN BOMOH

No comments:

Post a Comment