Gaji bulanan menteri-menteri dan barisan kabinet baru. Apa pandangan anda?
ROMBAKAN KABINET YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA UNTUK MACAI-MACAI UMNO.
Zulkifli Ismail Menteri jek ramai..tapi tak efficient...ubahla Mentaliti tu..tubuhkan kabinet yg btul2 cekap barula Rakyat hormat...skrg ni menteri bg jawapan pun mcm bdk sekolah pastu tambah lagi menteri..bila nk berjimat cermat?mcm ni ke kerajaan yg cekap?apala...
PELIK TAPI BENAR .... PEMIMPIN MCA YANG KALAH DALAM PILIHANRAYA DUA KALI BERTURUT-TURUT DILANTIK MENJADI TIMBALAN MENTERI
Chew Mei Fun dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam pengumuman penambahan anggota kabinet oleh Najib Razak pagi tadi ... pemimpin MCA berjawatan sebagai Naib Presiden ini kalah dalam PRU 13 di Parlimen Petaling Jaya Utara dan PRK Kajang yang ternyata di tolak rakyat tapi masih diangkat oleh Najib Razak.
Hebat sungguh Najib Razak ni dalam merasai denyutan hati rakyat di akar umbi .. terserlah keluhan rakyat amat diambil kira .. Rakyat DiDahulukan.
Itulah untung besar menjadi pemimpin MCA .. tidak perlu menang Pilihanraya untuk dilantik sebagai jemaah menteri .. kalah dua kali berturut-turut di kawasan yang berlainan yang jelas ditolak rakyat secara mutlak masih dianggap pemimpin disokong rakyat oleh Najib Razak .. mana nak dapat macam ini punya keistimewaan.
Hebat sungguh Najib Razak ni dalam merasai denyutan hati rakyat di akar umbi .. terserlah keluhan rakyat amat diambil kira .. Rakyat DiDahulukan.
Itulah untung besar menjadi pemimpin MCA .. tidak perlu menang Pilihanraya untuk dilantik sebagai jemaah menteri .. kalah dua kali berturut-turut di kawasan yang berlainan yang jelas ditolak rakyat secara mutlak masih dianggap pemimpin disokong rakyat oleh Najib Razak .. mana nak dapat macam ini punya keistimewaan.
Posted by OMAK KAU!
Wanita dikurung selama 10 tahun
Satu lagi kes kecuaian dan penderaan dilaporkan apabila seorang wanita yang mengalami Sindrom Down ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan. Satu lagi kes selepas penemuan adik firdaus minggu lalu.
Wanita yang dipercayai berusia 30-an itu diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Daerah pada Khamis berikutan laporan orang awam. Dipercayai mangsa dipaksa hidup di bilik kecil di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu di Kampung Pasir Pekan Hulu .
Ketua Polis Daerah Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, polis sedang mencari lelaki yang dipercayai abang mangsa untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini selepas jiran memaklumkan kepada polis dan jabatan kebajikan pada pukul 3.30 petang.
"Apabila polis dan pegawai jabatan tiba di rumah itu, kami mendapati wanita itu dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak bermaya.
"Keadaan bilik tersebut gelap dan hasil siasatan mendapati mangsa bertahan untuk hidup dengan meminum air daripada sumber luaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
"Siasatan kami juga menunjukkan bahawa saudara mangsa tinggal berhampiran," kata Supt Zaharudin. "Kami cuba untuk mengesan saudara mangsa untuk mengetahui mengapa wanita itu dikurung.
"Menurut jiran, mangsa dikurung kerana tidak mahu dia berkeliaran. "Tetapi bilik terlalu kecil dan mangsa telah dibiarkan untuk menyara diri sendiri," kata beliau sambil menambah bahawa mangsa telah dihantar ke hospital daerah untuk rawatan.
Seorang penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata dia sedih melihat wanita itu dikurung seperti itu dan percaya bahawa mangsa telah dikunci untuk kebaikan sendiri. Kes Nazitah ini ditemui seminggu selepas seorang remaja orang kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah ditemui dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah yang kotor.
mStar
No comments:
Post a Comment