Sebuah blog Pro-UMNO, Kedahnews hari ini melaporkan kononnya desas-desus bertiup kencang mengatakan Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk penggal ini ekoran khabar angin yang mengatakan penyandang ahli Parlimennya diisytihar muflis.
Sekiranya desas-desus yang menggemparkan itu benar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengumumkan kekosongan bagi Parlimen P036Kuala Terengganu dan seterusnya mengadakan PRK, bergantung kepada ketetapan perlembagaan negara, lapor blog itu.
Maka tak pasal-pasal kehidupan Ahli Parlimen yang dilaporkan oleh macai itu menjadi huru hara kerana tak putus-putus menjawab telefon..

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah menafikan khabar angin yang mengatakan beliau dikenakan tindakan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
"Macam mana ia boleh tersebar pun saya tidak tahu. Saya tidak buat apa-apa pinjaman, yang ada hanyalah pinjaman membeli kereta sahaja," kata Raja Baharin.
Ahli Parlimen penggal pertama itu berkata, sejak jam 6 petang tadi, beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon mengenainya termasuk daripada pimpinan PAS dan juga wartawan.
Seorang wartawan sebuah stesen TV, kata Raja Baharin, memberitahu beliau, berita ini mereka mula dengar selepas tiga hari Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno bulan lalu.
"Nampaknya ia semacam usaha untuk mengalihkan pandangan daripada perkara lain sahaja," kata arkitek terkenal yang pertama kali menjadi calon PAS dalam pilihan raya umum lalu itu ~ The Malaysian Insider
Apalah macai-macai ni.. tak habis-habis dengan cerita rekaan, kalau tak menyusahkan orang tak apa jugak.. ini menyusahkan orang saja...
Posted by Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment