Pages

Thursday 26 June 2014

'Main Gigit' 2014 FIFA World Cup!

Jumaat, 27 Jun 2014

Punca Luis Suarez Gigit Tersebar?


Rio de Janeiro: Pemain Uruguay Luis Suarez digantung sembilan perlawanan oleh FIFA selepas didapati bersalah menggigit pemain pertahanan Itali Giorgio Chiellini.

Ini bermakna Suarez tidak akan beraksi pada saingan menentang Colombia di Rio de Janeiro, Ahad ini serta perlawanan Piala Dunia lain jika Uruguay layak ke pusingan seterusnya, tahun ini.

Suarez juga dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan bola sepak selama empat bulan serta didenda AS$111,000 (RM357,254). 

"Kelakuan seperti ini tidak boleh dibiarkan di mana-mana perlawaan bola sepak terutama sekali di Kejohanan Piala Dunia yang menjadi perhatian jutaan penonton," kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA Claudio Sulser dalam satu kenyataan.

"Jawatankuasa Tatatertib mengambil kira semua faktor kes ini dan keputusan dibuat mengikut peruntukan yang berkaitan."

Kejadian itu berlaku 10 minit sebelum tamat perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Dunia 2014 di Natal, awal pagi Rabu lalu. 

Uruguay menang saingan itu 1-0. ~hmetro

No comments:

Post a Comment