Pages

Sunday, 29 June 2014

TIDAK SEDAR DIRI? Bahawa orang melayulah yang selamatkan kuasa sultan!...

Ahad, 29 Jun 2014

Sebar gambar bas, jawapan sebenar Dr Asri

Bas_MewahBekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.
“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.
Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.
Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.
Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain.
Sementara itu, dalam laporan portal Daily Mail, bas mewah berjenama Volkner Mobil Performance berharga 1.2 juta pound sterling itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi pancuran itu bagaimanapun berbeza dengan bas yang digunakan dalam siri ke-17 KMJ 2014.
Sedangkan model bas yang dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 21 hingga 24 Jun lalu adalah revost Marathon Coach. – Sinar Harian

RAKYAT BUKAN MAHU LIHAT KEMEWAHAN ISTANA

#GAMBAR HANYA HIASAN SAHAJA DAN TIADA KAITAN YANG HIDUP DAN MATI

RAKYAT BUKAN MAHU LIHAT KEMEWAHAN ISTANA YANG SUMBERNYAhasil yang menyebabkan banyak tanah-tanah Johor menjadi "milik" asing. Rakyat mahukan Sultan YANG BERFUNGSI SEBAGAI SULTAN BUKAN SAUDAGAR atau Agen Pemudah Pihak Asing mengambil tanah-tanah di Johor.

Kemewahan hanya menyakiti hati dan perasaan yang miskin. Saya masih ingat bahawa IDEA untuk Kembara Mahkota Johor bermula apabila saya balik dari melanjutkan pelajaran Sarjana di USA pada tahun 2000 yang dibiayai oleh Almarhum Sultan Iskandar. Almarhum telah meminta saya berbuat sesuatu bagi membalas budi dan meminta saya menunjukkan cara berterima kasih saya kepadanya dengan membuat Program Kembara Mahkota Johor. Ramai tidak mengetahui perkara ini. Tetapi bagi menampakkan TMJ (pada masa itu nampak "smart") MAKA bila pihak media bertanya, apakah idea Kembara ini idea TMJ(Sultan sekarang) maka saya tersenyum "bagai" mengiyakan sahaja kerana hendak menjaga hatinya di depan orang ramai.

gambar hanya hiasan sahaja.

Saya telah membuat kertas kerja dan berjumpa dengan Almarhum Sultan Iskandar tanpa diketahui oleh TMJ. Maka bermulalah Kembara Mahkota Johor dengan Objektif utama "membetulkan imej keluarga diraja" dan membuat "rakyat kasih dan mesra dengan Istana". Apabila KMJ mendapat sambutan hangat, pada tahun pertama 2001, saya telah berbincang dengan Dato Karim, Pengarah Jabatan Pelancongan pada masa itu untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar ianya dijadikan Acara tahunan. Untuk Kembara kedua pada tahun 2002, kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM25,000. Kerajaan gembira kerana , apabila Istana "mesra rakyat" maka kurangkes-kes kejadian"YANG TAK MESRA" terhadap rakyat terjadi.

gambar hanya hiasan sahaja.

KMJ menggunakan motosikal kuasa tinggi kerana hendak memudahkan pergerakan yang jauh ke beberapa daerah di dalam beberapa hari. Bermotosikal memudahkan untuk melalui jalan jalan kecil dan jalan jalan kampung di pelusuk Negeri Johor. Banyak acara yang "tidak diatur rasmi" spt singgah di rumah rakyat sakit dan kematian pada hari KMJ.

Almarhum Sultan mahu anak anaknya bertemu rakyat dan datang dengan "low profile" dan nampak "sama dengan rakyat" di dalam program KMJ. Barang-barang kemas yang keterlaluan tidak dibenarkan dipakai oleh pihak Istana sewaktu KMJ berlangsung. Tiada meja VVIP yang keterlaluan dan Khemah khemah mewah yang membazir duit kerajaan sepanjang Majlis-majlis sambutan di daerah-daerah sewaktu KMJ. Anak -anak raja DIWAJIBKAN makan bersila atau duduk bersama sama rakyat .

NAMUN KMJ SUDAH BERUBAH menjadi "medan mempopularkan Sultan"dan menjadi MAJLIS MENUNJUK NUNJUK KEMEWAHAN DUNIAWI" YANG JAUH tersasar DARI Objektif asalnya .

Apapun Tahniah kepada Sultan Johor kerana meneruskan Program ini, kalau niat baik pasti yang baik jua balasan dari Allah swt. Program ini bukanlah program "RAKYAT TERPAKSA MENYAMBUT ISTANA" TETAPI IANYA adalah Program ISTANA MERAIKAN RAKYAT yang jauh di pedalaman yang tidak berpeluang seperti rakyat lain yang tinggal di bandar besar mudah bertemu anak anak raja.

SATU lagi KMJ adalah asalnya untuk anak-anak raja spt TMJ dan adik beradik bukan Program untuk Sultan.
Posted by 

Sultan TIDAK SEDAR DIRI bahawa orang Melayulah yang selamatkan kuasa Sultan yang mereka "serah dengan bacul" kepada Negara Asing dulu.


“Tok, Johor Baru ni siapa punya?” barangkali ada antara kita yang akan menjawab “Zaman Tok dulu, bandar ini kita punya. Tapi sekarang, entahlah”.


Gergasi Cina 'telan' bumi Johor dengan bantuan Istana Johor....apakah Istana Johor sedang "MENGKHIANATI RAKYAT MALAYSIA" . ADAKAH INI TERJUMLAH KEPADA PERBUATAN "MENJUAL WILAYAH kepada pihak asing?" Undang-Undang Tubuh Negeri Johor ada menyentuh Jika Sultan serah wilayah atau kuasa MAKA....... dulu peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Johor tentang perkara ini telah diperbincangkan secara meluas sewaktu Penubuhan Malayan Union. RAKYAT BENCI SULTAN JUAL TANAH NEGERI ATAU BERI "KUASA" PADA PIHAK ASING. SAYA PUN SANGAT BENCI!!.

KALAU SULTAN BERNIAGA DAN MENJADI RAKAN PERNIAGAAN SYARIKAT ASING DAN SYARIKAT MILIK BUKAN BUKAN MELAYU yang menjalankan Pembangunan dan Perumahan di Johor, Adakah SELAMAT DAN TIDAK MERBAHAYA memberikuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam pentadbiran Pembangunan dan Perumahan.....Mungkin SATU JOHOR KENA JUAL NANTI!

Saya percaya ianya sangat MERBAHAYA dan memudahkan pihak-pihak Asing mempergunakan Sultan yang merupakan Rakan Perniagaan mereka untuk menjalankan aktiviti "pembangunan" mengikut "selera mereka". Saya juga percaya MANA-MANA Orang yang dilantik menjadi Lembaga akan mengalami situasi "serba salah" dan "kesukaran" apabila berurusan dan berhadapan dengan Rakan Perniagaan Sultan di dalam melaksanakan fungsi mereka.

Sultan Johor terlibat secara langsung dan Baginda juga mengakui secara terbuka bahawa banyak Syarikat Asing dari China dan Singapura serta tycoon berbangsa Cina menjadi Rakan Perniagaan Baginda. Hampir kesemua Pembangunan dan Projek Perumahan dengan pihak Asing berkaitan dengan Istana Johor. Pihak Asing telah mengenalpasti bahawa cara mudah "masuk" ke Johor adalah melalui Istana Johor.

SULTAN TIDAK PATUT TERLIBAT secara langsung dalam peniagaan berkaitan pembangunan/perumahan seperti Sultan-Sultan Johor sebelum ini. Saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat MEMBERI PERHATIAN terhadap kepincangan yang berlaku di Johor sekarang,

SAYA JUGA DENGAN IKHLAS meminta Sultan Johor TURUN TAHTA dan memberikannya kepada warisnya yang LAYAK, jika Sultan Johor LEBIH BERMINAT MENJADI AHLI PERNIAGAAN MEMGUMPUL KEKAYAAN TANPA HENTI daripada menjadi Sultan SEPENUH MASA MENTADBIR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.


BACALAH DAN SILA KLIK






Posted by 

No comments:

Post a Comment