PAS sebenarnya berjaya meyakinkan pengundi melayu terutamanya penyokong PAS untuk mengundi Dyana Sofya walaupun jentera BN sungguh-sunguh spin isu Dyana tak sokong hudud.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Walaupun gagal mengekalkan kerusi Teluk Intan, DAP mendapat rangsangan sedikit apabila sokongan Melayu kepada parti itu meningkat sebanyak 3% walaupun sokongan daripada Cina - undi tradisional parti itu - menjunam sebanyak 15% berbanding dengan pilihan raya umum tahun lepas.Juga dilaporkan:
Dalam penilaian awal pilihan raya kecil yang menyaksikan calon pembangkang parti Dyana Sofya Mohd Daud kalah oleh majoriti tipis 238 undi berbanding Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, DAP menemui kebaikan - bahawa sokongan orang Melayu meningkat 3%, daripada 25% pada PRU13 kepada 28% pada pemilihan semalam."
Enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam menyokong keseluruhan yang terdiri daripada 0.7% kepada 3.4%, suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu meningkat," kata ahli strategi parti Dr Ong Kian Ming.Kalau betul undi Melayu bertambah 3% maknanya PAS sebenarnya berjaya meyakinkan pengundi melayu terutamanya penyokong PAS untuk mengundi Dyana Sofya walaupun jentera BN sungguh-sunguh spin isu Dyana tak sokong hudud.
Walaupun dari segi jumlah undi aku yakin PAS tak dapat kekalkan undi yang calon DAP dapat masa PRU13 tapi kenaikan peratus sokongan tu bagi satu harapan yang cukup baik kepada PAS untuk PRU akan datang.
Sumber: Keputusan PRK Teluk Intan: Analisa pola pengundian berdasarkan kaum. | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/06/analisa-prk-teluk-intan-analisa-pola-undi-kaum.html#ixzz33RBBQHYX
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook
No comments:
Post a Comment