Pages

Thursday, 5 June 2014

[Video] Media Mengundur!: Utusan Mengaku Putar Fakta! Nasihat Polis - Jangan sebar bahan palsu

Jumaat, 6 Jun 2014

25 tahun jalan undur ke belakang , lupa cara jalan ke depan...

Seorang lelaki India telah berjalan  undur selama 25 tahun kini mengaku lupa cara melangkahkan kaki ke depan. Baginya berjalan seperti orang normal merupakan tentangan luar biasa.T
The Daily Mail melaporkan, pada 5/6/14, Mani Manithan sudah berjalan  undur sejak 1989. Dia melakukan ini bukan senang melainkan bertujuan mencapai perdamaian dunia. Dia mahir melangkah terbalik mulai dari naik tangga, melintasi jalan, hingga menggunakan kenderaan awam

"Berjalan ke depan sangat menguras fikiran saya. Saya lupa melakukannya. Saya sudah selesa seperti ini," kata Mani.

Mani yang kini membuka usaha baikpulih telepon selular di Kota Tamil Nadu. Dia pernah melakukan sumpah jalan mundur sambil bogel sejauh 482 kilometer.

Lelaki itu juga menegaskan dia akan terus jalan mundur hingga terciptanya perdamaian dunia. Mungkin hal itu bakal lama sekali mengingat konflik sejagat makin hari makin menjadi.

Kebenaran gadis bertudung murtad beramai-ramai di gereja


GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA: 

Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yan
g berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

ACP ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)



Berita palsu gambar wanita melayu bertudung dalam gereja tersebar.

Untuk info, gambar yang mencetuskan kontroversi itu bukanlah dari Malaysia tapi berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.

Menurut salah seorang pengguna dilaman sosial, kunjungan itu datang daripada mahasiswa islam di salah sebuah Universiti di Indonesia.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara agama Islam dan Kristian.

Berdasarkan lawatan tersebut, mahasiswa didedahkan dengan fahaman dan ajaran gereja Katolik manakala gereja juga didedahkan dengan cara umat islam menunaikan solat.


TERBONGKAR! Kebenaran gadis bertudung murtad beramai-ramai di gereja
Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.


Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.
Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. - MYNEWSHUB.MY


WAJAH SEBENAR UTUSAN

WAJAH SEBENAR UTUSAN

[PENGAKUAN SEBENAR...] Utusan Mengaku Putar Fakta Berita Supaya Berpihak Kepada BN !!!

MOHON SHARE - SEBARKAN FAKTA!!!

Allah Berfirman:
"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan RahmatNya kpd kamu di dunia & di akhirat, tentulah kamu DIKENAKAN AZAB SEKSA YANG BESAR disebabkan kamu turut campur dalam BERITA PALSU itu" - (Surah An Nur, Ayat 14)

Anda mahu beli baca lagi Utusan Online selepas ini sedangkan pengakuan bahawa fakta sebenar telah diputarkan? Anda mahu lagi bersekongkol untuk mendapat SAHAM DOSA PERCUMA dengan menyokong akhbar yang telah terang-terangan mengaku melakukan kerja-kerja mungkar, TERKUTUK lagi PEMBOHONG tersebut? - Suara Rakyat



KES TANGGUH BAYARAN GANTIRUGI RM850,000 PAPAGOMO KEPADA ANWAR DITENTUKAN 20 JUN INI


Mahkamah tetapkan kes Papa Gomo 20 Jun ini

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama

Sinarharian


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/06/kes-saman-rm850000-anwar-terhadap-papa.html#ixzz33obNfn4m



No comments:

Post a Comment