Pages

Saturday, 14 June 2014

[Video] Ustaz Azhar Idrus - Cium Isteri Depan Orang Ramai & HUKUM TUDUNG SINGKAT...

Sabtu, 14 Jun 2014

Gambar: Apa nak jadi dengan Malaysia ni?...
Konsert kpork dibenarkan, Fashion show melambak2 diluluskan....

Tapi ceramah agama disekat, dihalang & tidak dibenarkan!

Adakah UMNO & Barisan Nasional tidak lagi mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam??...

Kemana pula Perkasa?..Jati??...Isma???....Taknak pertahankan Islam diNegeri Sembilan ke?...Atau hanya melalak bila dapat wang????...

Like✔---> www.facebook.com/TFcrewpages

#tfcrew


Kes Nabil Ahmad: Salahkah Cium Isteri Di Khalayak Ramai?


Gambar Nabil Dan Isteri Di Paris 


HALAMAN HIBURAN

WEBLOG astrogempak.com melaporkan..

Saya Hanya Cium Di Pipi, Bukan Mulut – Nabil Ahmad
Beberapa minggu yang lalu, pelawak Nabil Ahmad dan keluarga telah pergi bercuti ke kota Paris. Namun percutian mereka sekeluarga mendapat perhatian umum selepas Nabil dikatakan memuat naik foto dia sedang mencium isterinya, Nazirah Ayub menerusi laman Instagram miliknya.


Foto tersebut mengundangkan teguran oleh para peminatnya yang merasakan ianya kurang sesuai untuk dikongsi bersama kepada umum. Menurut Nabil, dia kecewa mengapa ada sesetengah individu yang kurang senang dengan foto tersebut sedangkan foto tersebut hanya menunjukkan dia mencium pipi isterinya. 

 “Saya pun pelik, kenapa sesetengah orang tidak senang dengan gambar itu, saya hanya cium di pipi bukan cium mulut.

 “Saya cium  isteri saya dan bukan orang lain, kadang-kadang saya pelik artis lain yang belum berkahwin pergi bercuti bersama rileks jer, tak pulak kecoh kecoh,” katanya ditemui selepas sidang media majlis pelancaran sitkom terbaru Astro Warna, Cakap Melayulah di Unitar, Petaling Jaya.



Jelas Nabil lagi, setiap perkara perlu dilihat secara positif contoh terdekat dalam hal seperti ini dia menganggap pasangan berkahwin pada usia yang awal, kemesraaan suami isteri masih mekar.

Dalam pada itu, Nabil turut terlibat dalam menjayakan Sitkom Cakap Melayulah yang akan mula bersiaran pada 23 Jun ini jam 10.30 malam di Astro Warna saluran 132.


Nabil memegang watak sebagai Cikgu Daud di pusat Tuisyen Bahasa Malaysia yang turut dibintangi Shahrol Shiro, Jasmin Hamid dan Khatijah Tan.


Komen Weblog Ibnu Hasdyim: Hanya sekadar mencari kejernihan, bukan memburuk-burukkan atau menghina sersiapa. Ikuti soal-jawab ini..

[ Saya baru balik dari Mekah dan saya mencium isteri saya di khalayak ramai. 
Apa hukum cium ini?
Ustaz Azhar Idrus yang cool jawab:
#bahasa jawapannya aku ringkaskan dan cuba translate jadi bahasa senang faham sikit. Takut ada yang tak faham Ustaz speaking na na naa teganung kiteeee...
Heheee... Dia tanya bab cium! :)
Mula-mula nak tahu dulu, cium kat mana? Kalau cium tangan, BOLEH... takde masalah! Tapi kalau cium mulut... cium pipi... ni adalah menggugurkan maruah. Jangan bercium di khalayak ramai gitu...  Betul la bini mu... tapi kita kena jaga jugak benda2 macam ni...
Cium tangan sudah la... Nak cium lebih, balik rumah!
Kalau berjalan pun cam tu jugak... tak leh berpeluk ngan bini kita. "doh bakpe tokleh peluk doh bining kite!"  -> "dah tahu bini mung,... doh bakpe mung tok gi jimak kat roundabout nyer?"
Tak boleh... pimpin tangan jer dah la... Ni berpeluk peluk cam belangkas. Orang tegur, dia jawab "bining aku, suka aku lah..."  Tak leh la ikut pandai gitu... Ada adab2 di luar rumah, depan orang, belakang orang... depan anak pun tak boleh dah!
 
nak gini-gini, tunggu masuk bilik k... sila bawak bertendang! ngehehehee...

Soalan lagi:
Lepas majlis akad nikah, suami cium isteri di depan tetamu bukan mahram. Boleh ke?

Ustaz Azhar Idrus jawab:

Ni banyak berlaku. Lepas akad nikah pastu cium. Jangan buat gitu... Batal air sembahyang ni, buat dalam bilik karang. Ok la... kita tengok contoh 70-an... Cukuplah dengan pengantin lelaki hulur tangan, isteri dia cium.Yang tu elok jugak... Ni sekarang cium pipi... pastu cium dahi. Dalam 5 tahun lagi, romen terus depan tok imam. Jadinya, macam kahwin pengantin2 di gereja...

Sekarang ni ada pra wedding pulak... Ni semua ni karut la belaka ni... Belum nikah lagi tapi macam nikah sungguh dah... Siap ngan duduk... siap ngan pimpin tangan... siap terguling... Ni semua manusia lara

Tunang sekarang pon dah sanding dah! Makin hari makin pelik... makin pelik. Jadi, kita buang balik semua yang lara ni... dan kita kembali bermula dengan sunnah... Biarlah low profile... sederhana sudah... Yang penting, kehidupan kita selepas pernikahan... 
(dari  naachik.blogspot.com)
Posted by 

USTAZ AZHAR IDRUS ULAS HUKUM TUDUNG SINGKAT.

Ustaz Azhar Idrus Komen Tudung Fareeda


Ramai yang komplen pasal tudung Fareeda yang dikatakan singkat paras dada dan tak ikut peraturan yang betul dalam kaedah menutup aurat yang sempurna.. Tudung jenama tu bukannya dijual dengan harga yang murahsampai RM150 sehelai..

Tapi sayang lah kalau beli mahal-mahal padahal sekadar ikut gaya berfesyen,Tujuan tudung untuk menutup aurat dah diabaikan bila tudung jenama tu singkat dan tak menutupi dada..

Kita bukannya nak sekat rezeki orang melayu berniaga, tapi apa salahnya kalau tudung tu dilabuhkan sikit bagi sesuai dengan kehendak syarak.. Jangan kira fesyen dan bagi alasan dorang hanya berniaga.., bukannya berdakwah pulak.

Dan syarikat tudung  jangan pula hanya tahu kira nak untung tanpa mengira benda-benda wajib yang lain.. pemakaian juga penting dalam memastikan aurat itu ditutup dengan sempurna..walaupun demikian untuk menyalahkan 100 peratus pihak yang membuat mugkin tidaklah,  pembeli seharunya memikirkan sendiri perkara sama ada baik atau buruk..sekadar memberi pandangan .

Sedikit pesanan dari Ustaz Azhar Idrus walaupun tidak diyatakan pihak mana tetapi seharunya kita lebih mengetahui terutamanya golongan wanita sekalian.
HMETROLIVE.

No comments:

Post a Comment