DAP sediakan peguam bantu pengemis, penderma jika ditahan DBKL
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 5 July 2014
Nurul Izzah dan Teresa Kok menyertai dapur jalanan Pertiwi mengedarkan makanan kepada gelandangan si Chow Kit, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2014.
DAP bersiap sedia menyediakan sepasukan peguam bagi membantu pengemis dan pemberi derma sekiranya mereka ditahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Lim yang ditemui ketika mengedarkan makanan bagi warga miskin kota di lokasi "Soup Kitchen" di ibu negara malam tadi bagaimanapun berkata, DAP masih lagi belum menetapkan jumlah anggota pasukan guaman tersebut.
"Kami ada sepasukan peguam yang disediakan DAP bagi penderma dan pengemis yang didenda, namun jumlah ahli pasukan peguam itu masih lagi belum ditentukan," kata Lim kepada pemberita.
Program Soup Kitchen malam tadi turut dihadiri ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dan ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.
Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur dan diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.
Ahli Parlimen Putrajaya itu turut dilaporkan berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah atau gelandangan serta pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk, terutamanya daripada aspek kebersihan.
"Mengenai gelandangan, kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita berikan mereka kerja mereka tidak mahu, kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan sahaja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisiplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar daripada pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Beliau berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka hendak berikan makanan, jangan berikan makanan di dalam bandar paling kurang 2km dari pusat membeli belah Lot 10," katanya.
Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjemput Tengku Adnan untuk menghadiri program yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan itu untuk merasai sendiri kesusahan hidup golongan gelandangan di ibu kota.
"Saya merasai sendiri pengalaman Soup Kitchen yang sejak sekian lama memberi makanan percuma kepada warga miskin kota.
"Kebimbangan saya adalah bagaimana pembuat dasar tidak memahami NGO yang melaksanakan perkara ini," katanya, dan menambah, persoalan utama adalah rancangan jangka panjang kementerian untuk mengatasi masalah itu.
Sementara itu, ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan tindakan Tengku Adnan, dan menegaskan Putrajaya seharusnya mencari penyelesaian terhadap golongan berkenaan yang tidak berkemampuan memiliki rumah.
"Ini pengalaman buat kami. Ada ramai golongan gelandangan yang tidak mampu memiliki rumah.
"Ini adalah situasi kerajaan perlu lihat dengan serius perkara ini kenapa mereka tidak mampu memiliki rumah," katanya kepada pemberita.
Soup Kitchen atau dapur jalanan adalah sebuah pertubuhan sukarela yang memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.
Mereka bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dan mengedarkan makanan percuma kepada kumpulan berkenaan. – 5 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-sediakan-peguam-bantu-pengemis-penderma-jika-ditahan-dbkl#sthash.Hg3K2mZ6.dpuf

No comments:
Post a Comment