Pages

Wednesday, 2 July 2014

DBKL 'pelahap' runtuhkan rumah rakyat...Sekarang terowong DBKL pun runtuh

Rabu, 2 Julai 2014
boikot


JOM KITA NYANYI RAMAI-RAMAI...!!!

Akhirnya mahkamah memutuskan penduduk melayu kampung Chubadak kalah dengan cina YTL...

Nenek moyang kaya raya.. tergadai seluruh harta benda.. darilah merdeka umno tipu kita.. bumi dipijak milik orang.. 


HIDUP UMNO HIDUP MELAYU..!!!! BN MENANG RAKYAT SENANG..!!!

Tahniah penyokong umno!!!
Tahniah pengundi Baziran Nazional...!!!
!
 — denganZaidy N Linda dan Luqman Haikal.

DBKL Runtuhkan Rumah Rakyat, Last2 Terowong DBKL Pun Runtuh Sama !



Balasan. Amek kaw DBKL!
Sebahagian daripada struktur terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di simpang empat Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah, dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah pecah.
   
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 9.30 pagi tadi, dan orang ramai dinasihatkan tidak melalui kawasan itu untuk mengelak kesesakan lalulintas.
   
Beliau berkata terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan, mempunyai empat laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, dengan menghubungkan laluan kenderaan dari Jalan Pudu hingga menghala ke Jalan Tun Hussein.
   
Pihaknya juga telah meminta perkhidmatan monorel antara Stesen Hang Tuah ke Stesen Bukit Bintang dihentikan buat sementara atas faktor keselamatan selepas disarankan oleh pihak kontraktor projek terowong itu. Ini memandangkan satu daripada tiang monorel itu terletak berdekatan dengan tapak runtuhan.
   
"Kami risau tapak runtuhan berdekatan dengan tiang monorel akan runtuh dan menyebabkan monorel jatuh," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Azizan juga berkata pihak bomba turut melakukan kerja menanda di sekitar kawasan yang retak berdekatan dengan tiang monorel bagi memantau keadaan runtuhan supaya tidak berlaku pergerakan tanah yang besar.
   
Sementara itu, jurucakap DBKL berkata trafik di Jalan Imbi dijangka akan meningkat pada sebelah petang berikutan kejadian tanah mendap itu.
   
Dalam reaksi segera kepada Bernama, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pembinaan projek terowong yang runtuh itu akan diteruskan dan dijangka akan disambung esok.
   
"Punca kejadian itu dipercayai paip air Syabas pecah. Projek itu akan disambung semula dan pemantauan projek terowong itu akan dibuat secara berterusan dengan jurutera perunding dan DBKL," katanya.
   
DBKL juga sedang berbincang dengan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memastikan tidak berlaku litar pintas terhadap bangunan berhampiran termasuk pusat-pusat perniagaan di Bukit Bintang, hotel-hotel dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur hingga bekalan tenaga terputus, katanya.
   
"Ini kerana terdapat saluran kabel elektrik TNB di kawasan terowong runtuh itu," katanya.
   
DBKL juga akan meneliti keadaan keselamatan di tempat kejadian runtuh itu dalam memastikan keselamatan pekerja membina terowong itu. - Bernama
Ooo.. takde kaitan dengan pembinaan MRT rupanya ek.

Tapi ada kaitan dengan DBKL. Bunga2 dapat topic untuk balon kerajaan tetap ada walaupun tiada kaitan dengan MRT. 




Apa pun berbalik kepada PERSOALAN. Ya, persoalan.  

Timing nya memang kebetulannya. Penduduk KG. Chubadak kalah kes di mahkamah. Rumah2 mereka bakal dirobohkan. Yang nak buat kerja2 perobohan adalah DBKL. Dan pagi tadi, terowong DBKL pula runtuh. Kononnya berpunca dari batang paip air milik SYABAS, pecah. Kenapa pecah? Tekanan air tinggi sangat ke? Kenapa tinggi sangat? Sebab korang sekat pembekalan air ke? Atau disebabkan material paip dah uzur? Apa2 pun itu kita tunggu la siasatan rasmi sebelum sembang kencang salah menyalahkan macam biasa yang kita amalkan selama ini. Hehe. 


Cuma satu aje aku nak nampak sekarang. Lepas dah tak lapaq nasi dan air. Ini kebetulan yang betul2 kebetulan neh. Rumah penduduk KG. Chubadak dirobohkan DBKL. Dan terowong dalam pembinaan seliaan DBKL pula runtuh. Ini apa yang tuhan cuba tunjuk di bulan2 ramadhan? Woi DBKL. Ce lue fikir sama. 

Kbai. 

Tak tahu nak cakap apa. Tanah Kg Chubadak Tambahan mahupun Kg Chubadak Jaya di Sentul sewajarnya diberi geran oleh Kerajaan Melayu Umno kepada penduduk yg juga Melayu. Inilah masanya & caranya kalau Umno nak tolong Melayu. Siang malam jerit Hidup Melayu! Hidup Melayu! Tetapi sebaliknya, Cina YTL yg tiada kena mengena dgn kampung ini, dapat hak ke atas tanah berkenaan. Dia pulak dapat geran. Haprak betullah Melayu Umno nih. Umno guna Melayu hanya untuk kayakan diri sendiri. Amacam?
 — dengan Jai Ismail Kilam VIIIAiman Athirah Al Jundi,Rossem Sem dan 44 yang lain.

No comments:

Post a Comment