Pages

Sunday, 6 July 2014

Diplomat 'suspek serangan seksual' tak jadi dihantar ke NZ sebab tak sihat...

Ahad, 6 Julai 2014

Diplomat tak jadi dihantar ke NZ sebab tak sihat..eishhh eishhh kasian muda-muda tak sihat dah..!!!

  
Diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mungkin tidak dapat menghadapi pertuduhannya di mahkamah negara kiwi itu esok.

Doktor-doktor Malaysia berkata Muhammad Rizalman Ismail tidak sihat sepenuhnya untuk terbang ke luar negara dan masih memerlukan “penilaian psikiatri”, lapor The New Zealand Herald.

Memetik sumber hospital tentera Tuanku Mizan malam tadi, harian itu melaporkan “Rizalman nampak tidak baik” dan memerlukan ujian lanjut.

Selepas dibawa pulang menggunakan kekebalan diplomatik, diplomat itu ditahan di hospital tentera untuk penilaian psikiatri.
Malaysia bersetuju menghantar Rizalman kembali ke New Zealand untuk prosiding mahkamah dan empat kerusi penerbangan ke Auckland telah ditempah, lapor harian itu.

Rizalman ditahan di Wellington pada 9 Mei selepas mengikuti perempuan 21 tahun dan didakwa menyerangnya.

Posted by Kedah Lanie

No comments:

Post a Comment