Pages

Tuesday, 1 July 2014

Kem Majidee "TELAH DIUSIR" jauh...PERTAHANAN MALAYSIA SEMAKIN "GOYAH" DI JOHOR!

Rabu, 2 Julai 2014

Kamal Hisham Jaafar JFK

SEMUANYA BERLAKU SEOLAH-OLAH "TERANCANG" - PERTAHANAN MALAYSIA SEMAKIN "GOYAH" DI JOHOR

Askar-askar di Kem Majidee yang merupakan salah satu Kem Tentera yang terbesar dan telah banyak berjasa kepada rakyat sejak dahulu "TELAH DIUSIR" keluar jauh dari Bandaraya Johor Bahru serta jauh dari sempadan UTAMA Negara hingga SUKAR BAGI MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN RAKYAT serta kedaulatan Negara DI SELATAN Tanahair.

"KEDAHAGAAN" terhadap Wang Ringgit $$$ menyebabkan Keselamatan Rakyat DIPANDANG REMEH oleh pihak pihak tertentu.

Saya TIDAK FAHAM kenapa ini boleh dibiarkan TERJADI ?

Sejarah telah membuktikan bahawa kewujudan Kem Majidee telah MENYELAMATKAN nyawa rakyat jelata sejak era Perang Dunia sebelum ini.

Sejarah juga MENYATAKAN bahawa kewujudan Askar JMF, TIDAK MEMBANTU rakyat di dalam Peperangan-peperangan sebelum ini. Askar JMF hanya bertindak "play safe" atau "bermain sorok-sorok"sahaja.

Semasa British "kuat" mereka "berkawan rapat" dengan British TETAPI apabila Tentera Jepun MARA di awal Perang Dunia Kedua ....Askar JMF "berpaling tadah" menjadi "SAHABAT" kepada Jepun. Istana Bukit Serene turut diserahkan sebagai Pusat Pentadbiran Tentera Jepun. Tentera-tentera Jepun telah juga diraikan di dalam beberapa Jamuan oleh Pemerintah JMF.

Sekali lagi , apabila Askar-askar Jepun menyerah kalah di dalam Perang Dunia Kedua......hmmmm Askar JMF juga "tukar fikiran" semula dengan"bersaudara" dengan pihak British. Pemeritah JMF juga menjadi penyokong utama kepada Malayan Union dengan menjadi Orang Pertama tanda tangan persetujuan terhadap penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.walaupun dibantah oleh rakyatnya sendiri.

KINI...Askar-Askar Kerajaan Malaysia pula telah "diusir jauh" ke Batu Pahat dan tanah-tanah Kem diambil untuk tujuan pembangunan perumahan dan komersial.

MANAKALA, Kem Askar JMF sedang dipermodenkan dan diperbesarkan di sebelah tanah RTM Johor Bahru. Tanah yang dirancang untuk Rumah Anak anak Yatim TURUT "DIRAMPAS". JMF telah memohon untuk menambah keanggotaannya kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak PDRM juga telah "memberi" banyak senjata kepada JMF. Bagaimana JIKA JMF DAN ISTANA BERPALING TADAH satu hari nanti?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=355816701192010&set=pb.100002910487035.-2207520000.1403474001.&type=3&theater

Seolah-olah bagai ada TANGAN DI BELAKANG TABIR yang merancang semua ini.

Turut menjadi TANDA TANYA , Apabila ISTANA JOHOR juga terlibat di dalam membawa "pihak Asing" bagi urusan menjaga keselamatan di Johor.

http://mypaper.sg/top-stories/peter-lim-johor-prince-iskandar-security-venture-20140317.

BACALAH DAN SELAMATKANLAH NEGARA INI

1) Peter Lim, Johor prince in Iskandar security venturehttp://www.astroawani.com/news/show/kem-majidee-ditutup-secara-rasmi-pada-sabtu-38160

2) Syarikat keselamatan asing yang bakal beroperasi di Johor mesti dipantau

http://malaysiagazette.com/nasional/syarikat-keselamatan-asing-yang-bakal-beroperasi-di-johor-mesti-dipantau#ixzz35PUE465J
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebookhttp://malaysiagazette.com/nasional/syarikat-keselamatan-asing-yang-bakal-beroperasi-di-johor-mesti-dipantau#axzz35Koy6zHP

3) JMF https://www.facebook.com/photo.php?fbid=355816701192010&set=pb.100002910487035.-2207520000.1403474001.&type=3&theater

Selepas solat subuh di Masjidil Haram pagi tadi, secara tiba-tiba saya ditegur oleh seorang lelaki tua dari Johor yang mengenggam tangan saya sangat erat dan kemudiannya memeluk saya. Semasa berbual beliau menyatakan rasa AMAT DUKACITA tentang apa yang berlaku di Negeri Johor dan Tentera Timbalan Setia Negeri Johor atau Johor Military Forces (JMF).

Katanya begitu zalim Kerajaan Johor dan Sultan Johor mengambil tapak yang telah diluluskan dan dikhas untuk pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim bagi memindahkan mereka dari tapak asal di Bukit Cagar telah " DIRAMPAS" BAGI membina Kem JMF. Surat kepada Kontraktor bagi membina Rumah Anak Yatim di tapak yang "DIRAMPAS" TELAH dikeluarkan, Namun ianya dibatalkan disebabkan JMF telah mengambil tanah tersebut.

Kesedihannya ialah TIADA AHLI POLITIK DI JOHOR yang berani melawan atau memperjuangkan Nasib Anak-Anak Yatim ini walaupun isu ini telah dimaklumkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan dan JUGA Ahli Parlimen. Mereka HANYA mengambil sikap akur dan berdiam diri kerana nak menjaga "bontot" masing-masing. Pembinaan Kem yang telah mengenepikan kepentingan Anak Anak Yatim di Johor AMAT DIKESALI DAN AMAT MEMALUKAN.Jika benar, maka:

APAKAH NASIB ANAK-ANAK YATIM INI DI MASA HADAPAN?

SIAPA YANG AKAN BERANI MEMPERJUANGKAN SUARA MEREKA?

APAKAH HUKUM MENGGANGGU KEPENTINGAN DAN HAK-HAK ANAK YATIM?

MANA PEJUANG-PEJUANG YANG PATUT BERSUARA LANTANG?

APAKAH MEREKA TERLUPA WUJUDNYA HARI AKHIRAT?

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis.
• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim
• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.
• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”
 — bersama Kamal Hisham Jaafar II dan Wadiey Mohd Noor di Makkah Al Mukarramah, Makkah, Saudi Arabia.

No comments:

Post a Comment