Pages

Saturday 12 July 2014

MABUL Under Attack!...Polis Marin: Seorang terbunuh dan seorang lagi hilang

Ahad, 13 Julai 2014
polis maut diculik mabul semporna

SEMPORNA: Seorang anggota Polis Marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, di Sabah jam 11.10 malam tadi.

Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada pengganas Sulu lewat tengah malam tadi.

Menurut sumberseorang anggota Polis Marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, di Sabah jam 11.10 malam tadi.

Kejadian yang berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESSCOM itu selepas anggota polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang anggota polis maut dalam kejadian tersebut.

Seorang anggota polis turut hilang dan dipercayai diculik dalam kejadian tersebut. Pihak Berkuasa ESSCOM sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan pengganas Sulu yang dipercayai masih berada disekitar kawasan pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa.

Posted by 

Gambar anggota polis terbunuh, rakan diculik di Pulau Mabul, Sabah

KUMPULAN PENCULIK SERAMAI L/K 8 ORG BERPAKAIN SELUAR CELORENG BAJU HITAM DAN SENJATA MESINGUN.
1 MAYAT ANGGOTA MERIN YG HILANG TELAH DITEMUI IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN (.)
Al-fatihah..
Anggota esszone / RH 40
1.Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan (di tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri – salamah bti amad ( 017-5491279 )
-Tempat betugas sblm – ppm kg acheh
- Jwtn k63 skrg – jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul
- alamat – kg Bubul batu 2 smporna sabah.
2. Konst 176543 zakiah bin aleip
- 26 tahun
- bajau
-islam
- berkhwin ( 1 anak )
- isteri – sharifah erna bti berson ( 0132744006 )
- tempat betugas sblm – ppm w1 p.pinang
-Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul.
- alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah.
Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran
Innalillahi wainnalillahi rojiun…
polis sabah
polis marin sabah

No comments:

Post a Comment