Pages

Tuesday, 1 July 2014

MCA “menggunting UMNO dalam lipatan, munafik, hipokrit, lidah bercabang atau talam dua muka.” Aikk!

Rabu, 2 Julai 2014

MCA Bakal Keluar BN?


Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin hari ini mengecam keras sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah parti lawan DAP dalam mengkritik kerajaan.Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.

"MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan,” katanya yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula baru bagi strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP dan menumpang tiket DAP, maka lebih baiklah bagi Umno membuat keputusan 'pergi mampuslah sama MCA' dan mengambil DAP sebagai rakan.”

MCA semalam menyelar respons “endah tak endah” Zahid terhadap insiden kepala lembu diletakkan di depan rumah Rayer, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima di Pulau Pinang.

Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah Rayer pada 28 Jun lalu, mungkin mempunyai kaitan ucapannya sebelum ini yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai celaka.

Gunting Umno dalam lipatanAntara kenyataan kontroversi Zahid, seperti dilaporkan Rakyat Post, berbunyi  “Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” Zahid dilapor sebagai.

Dalam tulisan terbarunya di blog hari ini, Zainuddin berhujah “lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal dari musuh dalam selimut”.

Katanya lagi, walaupun dilantik semula ke kabinet atas “kasihan belas” Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, MCA tidak sedikit pun menginsafi prestasinya dalam pilihan raya umum lalu.

Menyifatkannya sebagai strategi lapuk, Zainuddun berkata, tindakannya memakai “topi DAP” itu seperti “menggunting Umno dalam lipatan, munafik, hipokrit, lidah bercabang atau talam dua muka.”

Katanya, MCA seharusnya sedar bahawa ia tidak akan dapat menyaingi DAP memainkan sentimen perkauman kerana MCA terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak sebelum merdeka.

Malah, kata Zainuddin lagi, dengan bermain atas landasan DAP, MCA sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di kalangan masyarakat Cina. ~mk

No comments:

Post a Comment