Pages

Friday, 4 July 2014

Merasai kemanisan kurma...Tahukah anda? Kurma makanan dan ubat paling penting para angkasawan!

Jumaat, 4 Julai 2014

Kurma Yang Dikunyah.

Orang yang hanya menghisap sebiji kurma tanpa mengunyahnya, biasanya tidak dapat merasai kemanisan kurma.

Sebaliknya, jika seseorang itu menggigit dan mengunyah kurma itu, maka dia akan mendapati rasa manisnya.

Setiap kali dikunyah, setiap kali rasa manisnya akan lebih dirasakan.

Bisyr bin As-Sariy rahimahullah berkata:

إنما الآية مثل التمرة كلما مضغتها استخرجت حلاوتها

"Tiadalah AYAT (Al-Qur'an) itu melainkan seumpama KURMA . Setiap kali engkau MENGUNYAHNYA , engkau keluarkan (rasakan) KEMANISANNYA " [Al-Burhan Fi Ulum Al-Qur'an 2/103]

Jangan bosan membaca dan memahami Al-Qur'an. Ini kerana kemanisan Al-Qur'an akan dirasakan oleh orang yang sentiasa berusaha membaca dan memahaminya.

Semoga Allah ta'ala jadikan kita semua di kalangan ahli Al-Qur'an.
#Arar, 6 Ramadhan 1435H.

[Gambar Pokok Kurma di KB]


pokok kurma berbuah, Pokok Kurma Berbuah di Kelantan, pokok kurma di kelantan, pokok kurma di kota bharu


Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
pokok kurma berbuah, Pokok Kurma Berbuah di Kelantan, pokok kurma di kelantan, pokok kurma di kota bharu

pokok kurma berbuah, Pokok Kurma Berbuah di Kelantan, pokok kurma di kelantan, pokok kurma di kota bharu

No comments:

Post a Comment