ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)menyediakan dua pesawat jenis Hercules C130 untuk membawa balik mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata pesawat itu turut digunakan untuk membawa anggota tambahan TUDM ke Ukraine bagi membantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).
"Pesawat ini kita siap sedia dan akan digunakan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan tugas," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Panglima ATM Bersama Warga TUDM dan Kolej TUDM di Kepala Batas dekat sini hari ini.

SENJATA UTAMA DISYAKI MENEMBAK JATUH PESAWAT #MH17
KIEV - Tragedi #MH17 masuk hari yang ketiga. Pelbagai spekulasi yang didengari diseluruh dunia. Antara yang menjadi tekaan utama adalah tembakan dari Sistem Peluru Berpandu BUK (video) dari ketegori jarak sederhana (Medium range SAM system) . Tidak diketepikan ialah bukti dan berita mengatakan terdapat dua buah pesawat pejuang Ukraine yang mengekori rapat pesawat penumpang MH17 sejurus sebelum pesawat putus hubungan dengan menara kawalan.
Sementara itu di ibunegara, kedaan gempar apabila ada waris yang memaklumkan terdapat cubaan berhubung melalui laman sosial milik penumpang, disyaki cuba digunakan oleh puak pemisah melalui gajet elektronik milik mangsa yang tidak di "log out".

No comments:
Post a Comment