Pages

Friday 18 July 2014

MH17: PRESIDEN RUSSIA VLADIMIR PUTIN Takut Ketar Lutut!

Sabtu, 19 Julai 2014


KECUH GEGAK GEMPITA SATU DUNIA MENGATAKAN PRESIDEN RUSSIA VLADIMIR PUTIN TAKUT KETAR LUTUT DENGAN ROSMAH MANSOR?



Lebih kurang pukul 9.00 malam tadi.. Rosmah dilaporkan telah menghantar pesanan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Najib berhubung tragedi MH17

Laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seseorang yang rapat dengan Putin .

Laporan itu menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu lapor Malaysiakini

Mungkin setelah Putin menerima pesanan dari Rosmah itu... lebih kurang jam 10.10 malam beliau pun menelefon Najib.

Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.

Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib.

Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula.

Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu lapor  ..... Bernama


ULASAN OMAK KAU..

Pergh!!!! Amat hebat sungguh Rosmah Mansor ni .. hanya berpesan melalui orang ketiga terus secepat kilat Presiden Russia menalipon suaminya Najib Razak ..

Kalau pemimpin kuasa dunia boleh kecut dengan Rosmah Mansor .. yang lain-lain tu kira sap sap sueylah .

Tidaklah diketahu sama ada benar atau sengaja pihak tertentu buat-buat cerita .. tapi jika benar ianya memberi tamparan maut kepada najib sendiri betapa dirinya tiada akses dan sehebat isterinya.

Ini memberi suatu persepsi siapa sebenarnya Perdana Menteri Malaysia.

Mohon pihak yang terlibat memberikan kenyataan demi pencerahan sebab isu ini sudah menjadi bahan lawak ketawa terbahak-bahak.
Posted by 

No comments:

Post a Comment