- Kejayaan rundingan di antara kerajaan Malaysia dengan pemberontak Ukraine dalam insiden MH17 mendapat liputan dan pujian di peringkat antarabangsa.
MH17 NAJIB HEBAT TAPI RAKYAT JANGAN TERTIPU
Tragedi MH370 kini dikaitkan dengan MH17, dan cara penyelesaiannya cukup mendebarkan dan apa yang istemewanya di mana kemampuan kepimpinan Najib amat menyerlah sekali, beliau dapat menguasai kehebatan pejuang-pejuang Ukraine dengan cukup pantas sekali. Sebaliknya apakah ianya benar berlaku sedemikian rupa atau pun ada apa-apa sebaliknya.
Dengan itu cara kepimpinan najib mula di pertikaikan.
Ketika ini ramai yang memuji usaha Perdana Menteri, Najib Razak yang secara senyap menghubungi dan mengadakan rundingan dengan ketua militan pro Russia di Ukraine, Aleksander Borodai berkaitan tiga perkara iaitu penyerahan kotak hitam, jasad yang terkorban dipulangkan dan akses penuh ke kawasan nahas bagi memudahkan penyiasatan.
Selain pujian dari dalam negara, media luar negara juga turut memuji langkah berani dan luar biasa Najib itu yang disifatkan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin dunia pun sebelum ini. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya yang lain juga turut memuji tindakan Perdana Menteri itu.
Atas rasa terharu sokongan yang diterimanya, sebaik berakhirnya sessi Parlimen khas yang mengutuk tragedi MH17 semalam, Najib dengan diiringi Muhyiddin sekali lagi mengambil langkah luar biasa dengan pergi ke tempat duduk barisan pembangkang untuk bersalam dengan Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen pembangkang.
Sejak tragedi MH17 berlaku, memang diakui ini merupakan langkah terbaik yang telah dilakukan oleh Najib, khususnya terhadap keluarga mangsa dan juga dalam usaha menuntut keadilan atas apa yang berlaku itu.
Najib kini hampir menunaikan janjinya kepada rakyat dan keluarga mangsa untuk memastikan keadilan ditegakkan sebaik mungkin dan jasad mereka yang terkorban dapat dibawa balik serta disemadikan di negara ini.
Itu mengenai usaha Najib menangani tragedi MH17. Tetapi dalam masa yang sama, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia atau MIER pula mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi semasa ekonomi negara yang dilihat cukup membimbangkan kita semua.
Pengarahnya, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, prestasi kewangan bagi kerajaan Persekutuan masih lagi lemah dengan pendapatan rendah bagi suku pertama tahun ini serta hutang meningkat melepasi tahap siling.
Jelas beliau, hutang negara bagi suku pertama tahun ini ialah RM560.6 bilion dan sudah melelebihi tahap siling 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK.
"Kerajaan mesti berhati-hati dalam perkara ini dengan mengambil pendekatan lebih serius iaitu mengawal perbelanjaan dengan bijaksana. Dan bagi pendapatan pula, ia bergantung kepada KDNK, sekiranya KDNK meningkat, maka lebih banyak pendapatan diraih kerajaan," tambahnya lagi.
Realitinya, tidak salah bagi sesiapa untuk memuji tindakan Najib dalam isu MH17 yang menjadi bualan ketika ini, namun sebagai rakyat kita juga harus sentiasa peka dengan perkembangan dalam negara. Ini kerana Akta Pinjaman Tempatan 1959 menghadkan hutang negara pada siling 55 peratus daripada KDNK dan sekiranya hutang melebihi had itu, ia akan menyebabkan negara muflis.
Kelemahan prestasi ekonomi dan peningkatan hutang adalah berkaitan secara langsung dengan kelemahan pimpinan yang ditunjangi oleh Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ia juga memberi kesan yang merata kepada semua rakyat lantaran ia berkaitan dengan kadar pendapatan, inflasi, pengangguran, peluang pekerjaan, perniagaan, cukai dan sebagainya.
Tambahan pula, menjelang beberapa hari, minggu atau bulan akan datang, yang lebih menjadi perhatian semua rakyat bukan lagi berkaitan MH17 tetapi lebih berkaitan masalah dalaman dalam negara kita. Selain pelbagai masalah berkaitan politik, kaum dan agama yang terus tegang, isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan pengurusan negara, ekonomi dan kewangan.
Sejak merdeka, inilah kali pertama hutang negara meningkat sebegini rupa.
Dalam kita memuji Perdana Menteri kerana sedia berunding dengan ketua militan, Aleksander Borodai dalam isu MH17 ini, jangan kita sampai teralpa melihat kehidupan seharian, peluang masa depan serta memeriksa poket masing-masing dan bertanya kepada diri sendiri - selesakah dengan pengurusan negara sekarang?
No comments:
Post a Comment