Pages

Thursday, 17 July 2014

Perempuan Stering Lock ke konti Era FM...Pendengar marah! PEMBULI JALAN RAYA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA...

Khamis, 17 Julai 2014

Kiki 'Perempuan Stereng Lock' Akhirnya Ditangkap Polis

KIKI diiring polis. FOTO Luqman Hakim Zubir
Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan. 

"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. 

"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.

Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya.
BLM.
Photo: EDISI DUNIA SUDAH TERBALIK!!! .. PEMBULI JALAN RAYA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH ERA FM & ERA TV DAN BUKAN MANGSA BULI????
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/edisi-dunia-sudah-terbalik-pembuli.html

PARODI KAK LONG CDM 25










Sebuah video yang memaparkan seorang gadis Melayu bertudung sambil memegang pengunci stereng memaki hamun seorang lelaki Cina warga emas seorang pesara kerajaan, semata-mata kerana keretanya dilanggar tanpa sengaja dari belakang telah menjadi viral di laman sosial.

Tidak cukup dengan itu dia rampasnya kunci kereta Uncle tersebut dan menghentak-hentak keretanya dengan pengunci stereng.

Susulan daripada insiden ini, gadis biadab sombong angkuh kepala besar tersebut telah deactivate laman sosial manakala maklumat dirinya tersebar meluas.

Tidak cukup dengan itu, kejadian ini dijadikan parodi di laman sosial.

Ianya akan dikemas kini dari masa kesemasa.
Posted by 

EDISI DUNIA SUDAH TERBALIK!!! .. PEMBULI JALAN RAYA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH ERA FM & ERA TV DAN BUKAN MANGSA BULI?

Orang yang diklasifikasikan oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai pembuli jalanraya telah diberikan layanan cukup amat teristimewa oleh ERA FM & ERA TV apabila Kak Long CDM 25 pembuli jalan raya yang menghentak kereta mangsa dengan pengunci stereng sambil mengherdik dengan kata-kata kasar dan caci nista rasis sambil meminta RM2,000 dijemput pihak stesen radio tersebut kestudio untuk memberikan penjelasan mengenai peristiwa biadap melampaunya yang berlaku di depan UTC, Kuantan, Isnin lalu dimana klip videonya kini menjadi viral satu dunia.

Sepatutnya mangsa yang dijemput bukannya penjenayah????

Apa sudah jadi ni???? Mengapa stesen radio swasta ini bersungguh-sungguh back up pembuli jalan raya ini??? Bagaimana nasib yang kena buli dan maki hamun sampai taruma???

Apa tujuan dan matlamat yang mau dilakukan oleh stesen radio TV Era Fm dan Era TV ini?????

Apakah mau mewujudkan suatu precedent yang pembuli dibela dan angkat sebagai wira?????? ... Apa sumbangan besar pembuli jalan raya ini kepada masyarakat dan negara sehingga dilihat mendapat layanan mengalahkan VVIP??? .. Apakah ini merupakan suatu tekanan secara halus tidak langsung kepada pihak berkuasa agar tiada sebarang tindakan diambil keatas Kak Long CDM 25 kerana melakukan kesalahan jenayah terhadap warga emas????

Mohon penjelasan yang menyakinkan demi pencerahan dan kebenaran dari pihak yang berkenaan...Perlu respon segera.
Posted by 

Kakak #CDM25 ditahan polis

Deejay Era FM iaitu Ray, bersama Kiki Kamaruddin. Gambar daripada laman web Era FM.

Pendengar Marah Era FM Temubual Wanita 'Stereng Lock'

PETALING JAYAStesen Radio Era FM dihentam teruk oleh para pendengar gara-gara menjemput wanita yang gelar 'gadis stereng lock' iaitu Kiki Kamaruddin atau nama sebenar Siti Fairrah Ashykin untuk menjadi tetamu undangan menerusi segmen Johara Pagi Era.

Kebanyakan pengunjung laman sosial Facebook rasmi milik Era FM mempersoalkan tindakan stesen radio itu yang dikatakan memberi publisiti murahan kepada wanita yang bersikap kurang ajar terhadap seorang warga tua yang dikenali sebagai Uncle Sim dalam satu kemalangan kecil di Kuantan Pahang pada petang Isnin lalu.

Sehingga kira-kira pukul 1 petang Khamis, laman sosial Facebook Era FM yang mempunyai 1,432,046 likes itu menerima lebih 700 komen meluahkan rasa tidak puas terhadap setesen itu selepas mereka memuat naik posting dan rakaman video wanita berkenaan membuat permohonan maaf selain perbualannya dengan Uncle Sim yang dilakukan menerusi panggilan telefon.



Antara komen daripada pengunjung laman sosial Facebook Era FM.

Salah seorang pengunjung Facebook Nur Fatin berkata:"Stop making immoral & ignorant person into some famous instant artist. She Doesnt deserve this Era FM". 
Manakala Hani Amir berkata: "Amboi dah jadi viral baru nak minta maaf... I dont understand why Erainvites this girl just for her to say sorry... lepas ni siapa sahaja buat salah dan jadi viral bolehlah Era jemput khas untuk cakap 'sorry'".

Bagi Mohd Faisal Rahmat: "Pihak rangkaian TV dan radio sangat gemar mengangkat martabat orang yang tengah dalam kes. Sah-sah nak kaut populariti. Cuba fokus pada kerja sedia ada,".

Pada segmen Johara Pagi Era yang dikendalikan oleh Hanif, Ray dan Elfira Loy itu, personaliti berkenaan telah menemubual Kiki Kamaruddin dengan tujuan memberi penjelasan dan memberi peluang membuat permohonan maaf secara terbuka secara eksklusif.

Sementara itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran yang dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat memberi sebarang komen buat sementara waktu kerana satu mesyuarat sedang dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Selain Era FM, sebuah saluran radio berbahasa inggeris iaitu Hits FM juga turut menemubual wanita tersebut.

Rakaman video yang menyaksikan Kiki Kamarudin memaki hamun seorang warga emas iaitu Sin Siak Hong, 68, (Uncle Sim) gara-gara kemalangan kecil menjadi viral di laman-laman sosial apabila insiden itu dikecam oleh orang ramai yang menganggap wanita berkenaan bersifat kurang ajar terhadap individu yang lebih tua.

Dalam rakaman itu Kiki dilihat mengambil pengunci steren milik Uncle Sim lalu memukul kenderaan warga emas itu selain mengeluarkan kata-kata kesat termasuklah menuntut wang ganti rugi RM2,000.

No comments:

Post a Comment