Pages

Friday 25 July 2014

Saya masih boleh berlumba hari ini, tetapi tanpa sarung tangan ‘Save Gaza’ - Azizulhasni

Sabtu, 26 Julai 2014

Azizulhasni boleh beraksi petang ini, minta maaf isu 'Save Gaza'

KUALA LUMPUR 25 Julai - Jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang terlepas daripada tindakan dan boleh beraksi dalam perlumbaan suku akhir acara pecut lelaki Sukan Komanwel XX yang dijadual berlangsung di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow pada jam 6 petang ini (waktu Malaysia).

“Untuk pengetahuan semua, saya masih boleh berlumba hari ini, tetapi tanpa sarung tangan ‘Save Gaza’.


"Terima kasih semua dan saya benar-benar menghargai anda," kata Azizulhasni dalam status di Facebook.

Pelumba berusia 26 tahun itu mengundang kontroversi apabila memakai sarung tangan ‘Save Gaza’ pada pusingan awal acara pecut semalam dan perkara itu menimbulkan kemarahan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) yang menuntut penjelasan daripada kontinjen Malaysia.

Azizulhasni yang memburu emas pertama Komanwel dalam acara kegemarannya, keirin akan menentang pelumba New Zealand, Sam Webster pada suku akhir hari ini.

No comments:

Post a Comment