Pages

Saturday, 26 July 2014

TOL BARU KOMPLEKS CIQ...Naik hampir 500%. Hadiah untuk PENYOKONG UMNO tegar

Ahad, 27 Julai 2014
HADIAH AIDIL FITRI UNTUK RAKYAT JOHOR YANG MENYOKONG UMNO
Photo: HADIAH AIDIL FITRI UNTUK RAKYAT JOHOR YANG MENYOKONG UMNO SELAMA INI ...TOL BARU KOMPLEKS KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ) NAIK HAMPIR 500% MULAI 1HB OGOS 2014. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/hadiah-aidil-fitri-untuk-rakyat-johor.html

HADIAH AIDIL FITRI UNTUK RAKYAT JOHOR YANG MENYOKONG UMNO SELAMA INI ...TOL BARU KOMPLEKS KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ) NAIK HAMPIR 500% MULAI 1HB OGOS 2014. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/hadiah-aidil-fitri-untuk-rakyat-johor.html

TOL BARU KOMPLEKS KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ) NAIK HAMPIR 500% MULAI 1HB OGOS 2014.
Bertuah amat sangat rakyat Johor apabila sentiasa setia memberikan sokongan padu kepada UMNO/BN setiap PRU.

Berita ini sudah pasti akan disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa bersyukur serta berterima kasih terutamanya para macai UMNO.

Tanpa UMNO Melayu hilang .. UMNO lemah Melayu lagi lemah longlai .. UMNO PEMBELA RAKYAT.... JANGAN LUPA BERIKAN SOKONGAN PADU LAGI JITU KEPADA UMNO.

Apalah sangat dengan membayar 500% meningkat harga tol .. BRIM RM650 setahun sudah lebih dari mencukupi.

HIDUP UMNO!!!! .. HIDUP NAJIB!!!! .. TAK AKAN UMNO HILANG KUASA DI MALAYSIA!!!

Kerajaan mengumumkan kadar baru tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar berkuat kuasa 1 Ogos nanti.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu.

Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

Kadar lama sejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90, RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30

"Kadar tol baru di CIQ, BSI ini adalah bersesuaian dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna semasa melalui kompleks tersebut dari laluan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL)," katanya.

Menurut beliau, kutipan tol tersebut akan dibuat secara elektronik sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar.

Pengguna-pengguna yang tidak melalui CIQ itu tidak akan terkesan daripada kenaikan tol tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kadar baru itu hanya bersifat untuk mengawal jumlah kemasukan kenderaan sahaja.

"Apabila kita masuk ke Singapura pun, selain VEP kita juga kena bayar tol, masuk ke bandar pun kena lagi.

"Jadi penggunaan tol ini merupakan kaedah bagi mana-mana negara untuk mengawal penggunaan kenderaan yang semakin bertambah," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Aidilfitri di Pasir Gudang hari ini.
Posted by OMAK KAU!!

No comments:

Post a Comment