Pendidikan Percuma: Islam telah memulakannya sejak awal lagi
“Kami mahu pendidikan percuma! Kami tuntut mansuhkan PTPTN!”
Slogan & laungan ini, jika didengari, pasti dalam kalangan kita yang akan menyokong penuh & bersetuju, terutamanya golongan mahasiswa & pekerja yang masih terbeban dengan hutang PTPTN.Isu tuntutan perlaksanaan dasar pendidikan percuma ini bukanlah sesuatu isu yang baru,bahkan ia sudah lama kedengaran cuma sejak akhir-akhir ini sengaja dipanaskan semula.Bermula dengan kenyataan Yang Berhormat Datuk Paduka Husam b. Haji Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang berjanji untuk melunaskan hutang PTPTN mahasiswa negeri Kelantan jika hak royalti petroleum negeri Kelantan dikembalikan kepada negeri tersebut.Perkara ini berterusan dengan pengajuran-penganjuran forum tentang Pendidikan Percuma & siri penerangan tentang PTPTN yang dikatakan zalim.Kisahsaudara Mandeep Singh, bekas pelajar Unisel, yang ditahan sewaktu hendak berlepas ke China di Lapangan Terbang LCCT, Sepang adalah antara rentetan peristiwa ketidakadilan sistem PTPTN terhadap peminjamnya.Kes Kenny Zhai Lan Ting juga antara yang menjadi perbualan hangat bilamana pelajar terbabit telah meminjam sebanyak RM 48,000 daripada PTPTN dan dikehendaki membayar semula wang tersebut sebanyak RM 13,829.09 sebagai upah kos pentadbiran yang menyaksikan jumlah yang perlu dibayar olehnya adalah sebanyak RM 61,829.09.Ini tidak termasuk lagi dengan kes-kes kehilangan wang & ‘rompakan’ wang pelajar oleh institusi-insitusi pendidikan tertentu.

Kronologi kes
Sementara itu, isu ini turut dijadikan peluang oleh parti pembangkang menjelang Pilihanraya Umum ke-13 ini apabila PKR dan PAS sebelum ini memberikan komitmen untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke universiti jika berjaya menawan Putrajaya.[Malaysiakini, 26 Mac 2012]. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi nada yang sama, dalam sebuah ceramah di Port Dickson berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas. [Malaysiakini, 23 Mac 2012]
Lain pula nadanya di peringkat kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin berkata bahawa cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini.Penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.Kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing. [Utusan Malaysia, 28 Mac 2012]
Di peringkat mahasiswa, ada yang bersetuju dengan pemansuhan ini, ada yang tidak bersetuju dan ada juga yang tidak mahu ambil tahu kerana menganggap ini adalah modal & permainan politik terutamanya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.Sebagai simbol bantahan,Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menaungi 10 kumpulan gabungan mahasiswa – antaranya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) pula akan menganjurkan perhimpunan menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN & menuntut pendidikan percuma pada 14 April 2012 ini (Sabtu) di Dataran Merdeka.
Oleh: Mohamad Hafizudin b. Mohd Nasarudin,
Setiausaha GEMPUR
Sebarang komen/kritikan, sila hantar ke mohamadhafizudin@yahoo.com.my
PEMINJAM PTPTN DITIPU DAN DIZALIMI...
SEORANG PEMINJAM PTPTN MERASAKAN DIRINYA DITIPU DAN DIZALIMI.
Seorang rakyat yang terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran merasakan dirinya ditipu dan dizalimi.
Jika diikutkan akan kata-kata dan perkiraan beliau ... terpaksa bayar balik pinjaman PTPTN sampai mati . tetapi masih lagi berhutang.
Diperturunkan rasa tidak puas hati, rungutan dan keluhan beliau yang diluahkan di laman sosialnya.
"Fahami dulu Ok situasi ku... sebelum tu TQVM PTPTN!!! THANK YOU VERY MUCH!!!!! (MERUAP DARAH!!!!)
Pinjaman RM 24 000.00
Bayar balik pinjaman start dr 2012 hingga sekarang melalui potongan gaji & potongan gaji tu ikut jadual drp PTPTN bukan aku yg mau d potong jumlah itu.
sekarang cek balance loan PTPTN RM 24 748.00??? AH?!! MAKIN NAIK?! macamana x naik klu setiap 1hb d top up KOS PEMBIAYAAN RM60.00. blm lagi insuran RM 0.79.
Dari 2012-2014, xkanlah langsung 1sen pun x bekurang?!
klu pun tukar ke ujrah bila d kira2 masih jua akan jadi benda ni. cuma beza jumlah sedikit dr skrg.
SO skrg ni? bayar sampai mati lah kan? OK PAHAM?!"
Itulah .. PR nak bagi pendidikan percuma tolak mentah-mentah sampai sanggup anak-anak, adik-adik terbeban dengan hutan sebaik sahaja tamat pengajian.
Posted by OMAK KAU!
No comments:
Post a Comment