Pages

Friday, 29 August 2014

Kerajaan PANDAI URUS EKONOMI? Pesawat MAS DENGAN KERUSI KOSONG...FITNAH Media Barat...

Jumaat, 29 Ogos 2014

MAS Rugi : Kerajaan Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi Dengan Malaysia Airlines

K'jaan tak akan suntik dana selamatkan MAS

[mk]- Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak akan menyuntik dana untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS), yang tidak mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Gulf News melaporkan Nazri sebagai berkata bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan MAS, syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia Tenggara, yang bergelut dengan persekitaran yang kompetitif, walaupun sebelum kehilangan MH370.

"Untuk menyuntik modal baru pastinya bukan satu pilihan," katanya di pameran pelancongan di Dubai.

Laporan itu juga berkata pihak pengurusan kanan syarikat penerbangan milik negara itu, juga mungkin berdepan dengan tindakan melepaskan jawatan.

IdaMan
Rugi RM7 juta sehari, Kerajaan perlu tubuh Suruhanjaya Khas kaji penstrukturan MAS [gambar fail]

PESAWAT MAS DENGAN KERUSI KOSONG?

PESAWAT MAS DENGAN KERUSI KOSONG; JANGAN RISAU KOS PENERBANGAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH RAKYAT MESIA; NYATAKAN RASA SYUKUR ANDA PADA UMNGOK/ BANKRAP NEGARA YG PANDAI URUS EKONOMI HINGGA HUTANG NEGARA PUN KHABARNYA DAH CECAH RM600 BILION
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/shot-of-empty-seats-aboard-mas-not-fake-photographer-insists
Pesawat MAS KOSONG Hanya Fitnah Media Barat (4 Gambar) http://apahell.blogspot.com/2014/08/pesawat-mas-kosong-hanya-fitnah-media.html
Gambar Pesawat MAS Kosong FITNAH Media Barat!
Catherine Chin Wan Ping Coombes
Dan semalam, pemenang program Masterchef UK 2014, mengecam tindakan sebuah portal Australia yang menyiarkan laporan palsu berhubung gambarnya yang dikongsikan di Twitter.

Portal itu didakwa membuat laporan palsu mengatakan insiden MH17 yang ditembak jatuh 17 Julai lalu telah memberi tamparan hebat kepada MAS berikutan penumpang sudah tidak lagi memilih MAS untuk menuju ke destinasi masing-masing.

“Bangun pagi dengan gambar ini terpampang di media! Sesiapa yang pernah naik kapal terbang pasti mengetahui mereka akan membenarkan penumpang dengan anak kecil naik pesawat terlebih dahulu, penerbangan yang saya naik tidak kosong, sebaliknya ia memang penuh dengan penumpang,” bidas Catherine yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

Catherine ke ibu negara ditemani suaminya, warga British bersama anak perempuan mereka dibenarkan masuk terlebih dahulu kerana mengikut polisi penerbangan, keluarga yang bersama anak kecil akan diberi keutamaan untuk masuk dahulu sebelum penumpang lain.

Gambar Catherine juga telah digunakan oleh beberapa portal berita termasuk news.com.au, Mashable dan beberapa laman web berita UK untuk menyebarkan fitnah tersebut.

Gambar Catherine yang dilahirkan di Ipoh dan merupakan pemenang Masterchef UK 2014, menunjukkan beliau dalam kelas perniagaan.

Gambar itu menunjukkan tempat duduk pesawat dan ruang berlepas yang kosong.

“Penerbangan itu tidak kosong, malah ia sebenarnya penuh,” kata Catherine dalam Instagram.

Sumber: malaysiakini.com/mynewshub.my

Biasalah media barat, suka menabur fitnah.

-SENTIASAPANAS.COM
Read more: http://www.sentiasapanas.com/2014/08/gambar-pesawat-mas-kosong-fitnah-media.html#ixzz3BmtbKn00

No comments:

Post a Comment