Pages

Monday 11 August 2014

Khalid MB Selangor bersama siapa sekarang? Bersama PR atau BN!

Isnin, 11 Ogos 2014


Ambiga: Siapa sebenarnya sokong kamu Khalid? 

Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim menamakan siapa sebenarnya yang menyokongnya sebagai menteri besar, seperti didakwanya. 

Dalam reaksi terhadap pengumuman Khalid bahawa sultan Selangor memperkenannya kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR, Ambiga mahukan pihak itu dinyatakan.

“Tan Sri, untuk kepentingan rakyat Selangor, sila namakan pihak dalam dewan (negeri) yang kamu kata sokong kamu,” tulisnya di Twitter.

“Walaupun dengan sokongan PAS, ia (dewan) masih tergantung,”
katanya.

Kedudukan kerusi terkini dalam PKR kini seperti berikut: PKR (13), DAP (15), PAS (15), Umno (12) dan bebas (1). -mk

Buktikan ada sokongan, PKR, DAP desak Khalid panggil sidang DUN tergempar

PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini.

Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan. "Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi.

"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya.

DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu.

Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya.

Walaupun sudah menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka akan menyokong Khalid tetapi ia masih belum dibuktikan, kata kenyataan itu lagi.

"Umno menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka menyokong Khalid seperti mana yang didakwa beliau.

"Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Khalid, maka jelaslah beliau mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor," kata kenyataan itu.

Susulan perkembangan terbaru ini, PKR dan DAP berkata akan meneliti langkah terkini bagi menyelesaikan kemelut di negeri Selangor tersebut.

"PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.

"Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan PR terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu selepas usaha mereka mendesaknya berundur gagal.

Khalid hari ini berkata masih menteri besar yang sah di Selangor selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memperoleh sokongan majoriti dalam DUN.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baginda di istana dan sejurus kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor.

Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya agar meletakkan jawatan.
 -TMI

No comments:

Post a Comment