Pages

Friday, 29 August 2014

'Mahathir mahu PM BEKERJA, bukan melancong' Bimbang BN 'tombang'...keh! keh!

Jumaat, 29 Ogos 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan selalu melancong dan bukannya bekerja.– Gambar The Malaysian Insider, 29 Ogos, 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan selalu melancong dan bukannya bekerja.– Gambar The Malaysian Insider, 29 Ogos, 2014.Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana beliau mahukan seorang perdana menteri yang bekerja dan bukannya yang selalu melancong. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-mahu-pm-yang-bekerja-bukan-melancong-kata-mat-taib#sthash.LaUOUVQ9.dpuf

'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong'

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib melihat bahawa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan berlaku kelemahan dalam pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Antara petanda kelemahan itu termasuk termasuk kemunculan banyak gerakan pendesak berhaluan kanan, kata Muhammad, yang kini menyertai PAS.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan lidah parti PAS, Harakahdaily itu, beliau turut membangkitkan mengenai percutian Najib baru-baru ini.

"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Apabila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan perdana menteri yang bekerja dan bukannya melancong,” katanya.

Menurut Muhammad, Mahathir bimbang dengan kelemahan Najib dalam menangani isu kaum dan tidak akan berdiam diri sekiranya Najib tidak mengikut tuntutannya.

"Ada kita lihat waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.

"Beliau adil untuk semua kaum tapi bila Najb mengambil Putrajaya pelbagai konflik timbul ada banyak NGO pendesak dan cuba menimbulkan pelbagai pendapat negatif," katanya.

Salahkah Perdana Menteri Najib Bercuti Mewah?

najib razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang bercuti di luar negara – Gambar Bloomberg
Laporan sebelum ini oleh Asia Sentinel dan Malaysiakini mengenai pesawat kerajaan berlegar di ruang udara Eropah dan percutian PM Najib serta isteri yang menjadi tajuk sensasi di media – Klik BACA
Analisis dan komentar oleh penulis buku politik terkenal Shahbudin Husin:

Salahkah Perdana Menteri bercuti? Ini antara pertanyaan paling banyak dilontarkan di sebalik pendedahan laman berita Asia Sentinel mengenai percutian mewah Najib Razak ke beberapa bandar utama di Eropah sebaik saja beliau menamatkan lawatannya ke Amsterdam, Belanda pada Hari Raya ketiga lalu.

Mungkin di samping mood Hari Raya, di tambah dengan kedukaan yang berterusan mengenai tragedi pesawat MH17 serta kemelut mengenai Menteri Besar Selangor, tidak ramai yang sedar mengenai kehilangan Perdana Menteri sehinggalah ia didedahkan oleh Asia Sentinel.jet kerajaan malaysia
Apatah lagi setelah mengumumkan pembatalan jamuan Hari Rayanya serta meminta semua rakyat sama-sama menunjukkan rasa simpati dengan menyambut lebaran ini dengan sesederhana mungkin, barangkali ramai juga beranggapan Najib hanya berehat di kediamannya saja.
Mengikut laporan Asia Sentinel itu, Najib dan isterinya telah pergi ke Paris, Sardinia di Itali, Cannes di Perancis, kemudian kembali ke Sardinia sebelum ke Rom dan London untuk bercuti. Beliau turut ditemani jutawan rambu-rambi dan playboy berasal dari Pulau Pinang, Taek Jho Low serta bekas Perdana Menteri Qatar. Di Sardinia pula, Najib dikatakan bersama dengan sekumpulan besar ahli perniagaan Cina dari Malaysia.
Sumber ihsan Shahbudin Husin Blog

No comments:

Post a Comment