Menyokong keputusan mesyuarat PAS...
Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar Raja Mohd Shahrim.
MB Selangor : Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi penjelasan kepada Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan keputusan Pas semalam
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali di sini, hari ini."Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya kepada pemberita.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.
“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.
Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.
“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.
“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya.
Sumber : Harakahdaily & Sinar Harian

No comments:
Post a Comment