Pages

Tuesday, 5 August 2014

PAS kecewa Pesta Sukan Bogel di Taman Negara Pulau Pinang... Guan Eng nafi luluskan...

Selasa, 5 Ogos 2014

PAS kecewa pesta bogel di Pulau Pinang
 | August 5, 2014
Program tersebut sangat tidak bermoral dan tidak boleh berulang lagi.
image-1PETALING JAYA: Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden kecewa dan membantah keras penganjuran program ‘Malaysia Nude Sports Games 2014′ yang dilaporkan diadakan di pulau rahsia berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang seperti yang dipaparkan dalam laman sosial.
‘Malaysia Nude Sports Games 2014′ yang boleh ditonton videonya dari pautan laman web tersebut jelas membelakangkan adab tatasusila masyarakat Malaysia sekaligus menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan.
“Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang.” katanya dalam satu kenyataan.
Dengan kadar segera, beliau mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat penganjuran program tersebut.
“Tindakan yang sewajarnya juga harus dikenakan terhadap penganjur yang turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5 December 2014 (berdasarkan komen dari laman ‘vimeo’ tersebut),” jelasnya.
Tambahnya lagi, program tersebut sangat tidak bermoral dan tidak boleh berulang lagi.
“Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan dan garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemaskini supaya selari dengan Syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia.
“Penguatkuasaannya juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa,” ujarnya.
FMT.

Guan Eng nafi luluskan sukan bogel di Pulau Pinang

Adam Abu Bakar | August 5, 2014
Kita tidak akan membenarkan kasino di negeri ini sekali gus apa-apa juga aktiviti negatif termasuk sukan bogel sebegini.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah membenarkan mana-mana aktiviti sukan bogel diadakan di negeri itu, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng.

Guan Eng yang dipetik oleh akhbar Malay Mail berkata, kerajaan negeri tidak akan meluluskan apa juga acara bogel termasuk ‘Malaysia Nude Sports Games 2014′ yang dikatakan dianjurkan dua bulan lepas di Teluk Bahang.

“Kita tidak akan membenarkan kasino di negeri ini sekali gus apa-apa juga aktiviti negatif termasuk sukan bogel sebegini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Guan Eng turut mengulas mengenai satu rakaman video berdurasi 5 minit 22 saat yang melibatkan aksi bogel seramai 18 orang yang dikatakan dirakam di sebuah pulau di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan tersebar di beberapa blog dan laman sosial pada hari ini.

Video yang bertajuk “Malaysia Nude Sports Games 2014″ itu merupakan aksi peserta bogel yang berusia 30 hingga 45 tahun dan difahamkan telah diadakan pada sekitar Jun lepas.

Mengikut sumber beberapa blog, sukan yang didakwa dianjurkan Kelab Sukan Bogel Pulau Pinang itu telah diketahui dan diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri.

Video yang memalukan itu telah memaparkan aksi lapan lelaki dan tiga wanita bertelanjang melakukan aktiviti di tepi pantai di kawasan tempat persendirian di sebuah rumah peranginan.

Sukan itu dimulakan dengan aktiviti menghias badan peserta dengan cat dan kemudian aktiviti susulan di tepi pantai dan diakhiri dengan aktiviti sukan di hadapan unggun api di tepi pantai.
FMT

1 comment:

  1. Sementara korang bergaduh pasal politik, biar aku menyatakan menyampahnya aku kat orang2 SINGAPORE yang x habis2 MENYEMAK kat malaysia ni terutama kat JOHOR ni! Keliling aku ni penuh org singapore sana-sini, tak tau malu pulak tu, mintak rambutan kat umah orang habis satu pokok dibalunnya.

    Kalau nak bogel pegila bogel kat SINGAPORE tu haaaaaa!! Tak payah menyemak dtg kt malaysia ni. Badan masing2 dah la buruk hodoh, ewwwwwwww!!

    ReplyDelete