Pages

Sunday 10 August 2014

Pas Sanggup Terima Khalid...PAS parti yang matang pernah bersama UMNO, APU, & BA

Ahad, 10 Ogos 2014

MB Kelantan - Pas Sanggup Terima Khalid Dan Rela Bersendirian

Pagi Ahad, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya sedia membuka pintu kepada Abdul Khalid jika beliau ingin menyertai parti itu.

Pintu sentiasa terbuka... ujar pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu.


"Kini terpulang kepada beliau untuk menyertai PAS kerana (beliau) bukan lagi ahli PKR," itu kata Ahmad.

Bagaimanapun, jelasnya, langkah seterusnya elok menunggu apa nasihat Majlis Dewan Diraja Selangor yang akan bersidang Isnin untuk tindakan lanjut.

Ahmad berkata demikian selepas menghadiri majlis Hari Raya anjuran Perbadanan Ekonomi Negeri Kelantan di Kota Bharu pada Ahad.

Menurut beliau, walaupun Abdul Khalid dipecat PKR, namun MB Selangor itu mendapat restu dan sokongan dari Presiden dan Mursyidul Am PAS untuk terus kekal sebagai MB Selangor.

PAS kata Ahmad bersedia untuk meneruskan perjuangan secara sindirian sekiranya ahli dan pemimpin parti membuat keputusan untuk meninggalkan pakatan pembangkang.  

"Kami mempunyai sejarah bersendirian selepas berbeza pandangan dengan BN dan Semangat 46. Saya bersetuju dengan Datuk Nik Abdul Aziz bahawa PAS boleh berdiri sendiri jika membuat keputusan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat," kata Ahmad.

Dalam masa yang sama beliau meminta ahli PAS supaya bertenang dan menunggu keputusan pemimpin parti samada untuk kekal dalam pakatan pembangkang atau sebaliknya yang bakal diputuskan minggu depan.

Beliau berkata, hak untuk pecat Abdul Khalid adalah hak PKR dan PAS sendiri sudah membuat ketetapan melalui keputusan Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini bahawa Abdul Khalid mendapat sokongan PAS untuk kekal MB Selangor.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bermesyuarat di pejabat DAP, berkata mereka mencapai kata sepakat berhubung isu menteri besar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat DAP membincangkan isu itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada DAP dan berkata kedua pihak sepakat dalam isu itu.

Beliau berkata akan bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti Islam itu tidak lama lagi.

Abwar berkata, krisis menteri besar harus diselesaikan segera bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi dengan baik.

“Perkara ini harus diselesaikan dengan cepat supaya negeri dalam berfungsi secara berkesan,” katanya di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur.

Beliau menggesa Khalid menghormati keputusan yang dibuat kerana majoriti sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Selepas mesyuarat itu, DAP juga meraikan ulang tahun kelahiran Anwar yang ke-67 dengan acara memotong kek hari jadi.

Semalam  Awani melaporkan Nik Aziz berkata, PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cabaran sejak awal penubuhannya.

“Dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan ini akan kekal selamanya sama ada PAS bergabung dengan mana-mana parti atau sebaliknya,” kata Nik Aziz.

“Jadi sekarang ini PR ‘KO’ apa nak buat dengan keputusan tak ada apa, tapi PAS turut keputusan yang dibuat Presiden Parti dan saya menyokong penuh,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.
 
PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cara cabaran dan rintangan sepanjang zaman termasuk dalam beberapa siri perpecahan dalam kerjasama politik yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Nik Aziz, parti tersebut pernah bersama dengan UMNO sekitar tahun 1970, namun berpecah selepas itu.

PAS juga pernah bersama dengan Semangat 46 dalam angkatan perpaduan ummah (APU) pada tahun 1990 namun berpecah jua.

PAS  juga pernah bersama dengan DAP dan Parti Keadilan dalam barisan alternatif (BA), sekitar tahun 1999, namun selepas itu DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA.

Apa yang menarik, walaupun PAS berpecah dalam kerjasama politik yang dijalinkan, ia masih berdiri teguh dan utuh sehingga kini.

“Saya nak menyebut tentang hak saya sendiri, iaitu PAS Kelantan mengalami bermacam-macam masalah dengan parti lain.

“Kita mula dengan menyertai Barisan Nasional berdasarkan Tun Abdul Razak selepas 13 Mei. Saya dan Tan Sri Datuk Mohamad Asri Muda (bekas Presiden PAS) menyokong kuat masuk UMNO tetapi entah bagaimana kita ditendang keluar namun kita tegap duduk dengan keadaan kita, tidak mengapa berlaku kali kedua dengan Semangat 46. Kita bersama mereka akhirnya dan kita teruskan jua  -- itu sejarah kita,” katanya.

PAS, katanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa ini dan akan datang, dan sekiranya PAS terpaksa berdiri sendiri, parti itu mampu melakukannya dengan sokongan padu ahlinya.

Beliau juga menasihati semua pihak supaya menjaga lidah dan tidak bercakap perkara yang tidak benar.- agendadaily
BLM.

No comments:

Post a Comment