Protes Gaza, Doktor di Belgium Tolak Pesakit Yahudi
5/8/14
Si Pesakit Mengalami Retak Tulang Rusuk (foto Ilustrasi)
Dengan tegas doktor itu mengatakan tidak akan datang. Ia justru menyuruh pesakitnya pergi ke Gaza.
Dream - Sebagai bentuk dukungan terhadap Palestin , seorang doktor di Belgium menolak paesakit Yahudi. Meski si pesakit itu sudah lanjut usia berusia sekitar 90 tahun.
Diberitakan laman Russian Times, Selasa 5 Ogos 2014, berawal ketika doktor yang tidak disebutkan namanya itu menerima telepon pada pukul 11 malam, Rabu minggu lalu, lmelalui layanan hotline medis Flanders.
Si penelepon adalah seorang lelaki yang mengatakan keluarganya bernama Bertha Klein. Dia meminta pertolongan kerana mengalami retak tulang rusuk melalui hotline medis Flanders.
Menurut suratkhabar tempatan Joods Actueel, si doktor rupanya mengetahui klein itu adalah Yahudi, dari nama dan aksennya.
Dengan tegas doktor itu mengatakan tidak akan datang. Ia justru menyuruh pesakitnya pergi ke Gaza. "Kirim dia ke Gaza selama beberapa jam, maka rasa sakitnya akan hilang. Saya tidak akan datang," kata doktor itu.
Keluarga itu lantas menelepon pasukan perubatan lain. Mereka juga kembali menelepon doktor tadi untuk memperjelas omongannya dan merakam percakapan tersebut.
Tak terima dengan respon si doktor, keluarga itu melapor kepada polis atas tindakan diskriminasi yang mereka alami. "Ini mengingatkan saya apa yang terjadi di Eropah, 70 tahun lalu. Saya tidak mengira peristiwa itu akan terjadi lagi," kata Taffel.
ketika disahkan Joods Actueel, doktor itu tidak menyangkal telah menolak seorang pesakit Yahudi. Dia mengatakan, itu dilakukannya atas dasar emosional.
Menurut laporan akhbar ini, sejak serangan Israel ke Gaza dilakukan awal Julai lalu, insiden anti-semit banyak terjadi di Belgium. Contohnya di Antwerp, sebuah toko menolak seorang pelanggan kerana dia Yahudi.
Hal ini juga terjadi di Jerman, Perancis dan Itali dalam beberapa minggu terakhir. Menurut catatan polis, kes anti-Yahudi meningkat 50 persen dalam sebulan terakhir di England. (Ism)
Posted by indah.com
Menteri Kabinet Britain Letak Jawatan Kerana Gaza.. Menteri Malaysia Ada Berani?
London: Menteri Kabinet Britain, Baroness Warsi, telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada kerajaan berikutan polisi Britain ke atas Gaza.
“Dengan rasa penuh kesal, saya telah menyerahkan surat perletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri. Saya tidak boleh lagi terima polisi kerajaan ke atas Gaza,” kata Warsi di laman Twitternya.
Warsi merupakan wanita pertama Islam yang memegang jawatan itu sama sekali tidak bersetuju dengan polisi Britain menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri.
Warsi menyandang jawatan Menteri Kanan di Pejabat Luar dan Komanwel serta Menteri Keagamaan dan Komuniti di Jabatan Komuniti dan Kerajaan Tempatan.
Dia juga sebelum ini merupakan Pengerusi Parti Konservatif setelah menyertai Kabinet pada 2010.
Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata, khabar perletakan jawatan itu sangat menyedihkan dan berharap Warsi dapat mempertimbangkan semula keputusannya dan kembali bertugas di dalam kerajaan semula.
Warsi sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Leeds University, kemudian bekerja untuk Crown Prosecution Service sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri. - Agensi
BLM
No comments:
Post a Comment