Pages

Wednesday, 6 August 2014

THE DOZEN...Operasi Rahsia Pasukan Khas Malaysia Membawa Blackbox MH17 keluar dari Ukraine.

Rabu, 6 Ogos 2014
Kesemua mereka hanyalah 12 orang dan tugas mereka kedengaran mudah. Mereka hanya perlu bawa keluar BLACKBOX MH17 keluar dari Ukraine.

Seorang koresponden Panggilan Pertiwi yang bertugas di ‘Bilik Operasi’ mereka memberi tahu aku. PP terserempak 12 anggota pasukan ini yang lengkap bersenjata memasuki KLIA melalui pintu berbeza dari tim penyelamat. Operasi apakah yang akan di laksanakan?

Pasukan Khas Malaysia sangat berpengalaman dalam situasi perang sebenar dan walaupun operasi mereka diselubungi kerahsiaan.. kita semua pernah mendengar desas desus exploit mereka di OP Daulat, dan banyak lokasi panas di seluruh dunia.

Kini pasca OP Daulat, one of the most secretive black-ops in Malaysia suddenly found its mission in the public spotlight. Operasi menyelamatkan Blackbox MH17.

Operasi ni bukan bermula out of the blue.. ia melibatkan pelbagai risikan dan contact dengan sumber2 di dalam wilayah pemisah.. tapi aku tak perlulah tulis tu di sini.

Pihak Pemisah rusia serta merta menyembunyikan Blackbox sebaik sahaja ditemui dan hanya mahu serahkan kepada wakil Malaysia. The Dozen memulakan perjalanan bahaya di Ukraine untuk menemui Borodei.

Pasukan ini terdiri dari 11 anggota pasukan khas dan seorang pakar komunikasi GIRN (Government Integrated Radio Network). Mereka travel selama 9 jam dari sempadan Donetsk ke Karkiv dalam malam yang pekat di dalam hutan dan memanjat gunung merentasi medan pertempuran Antara tentera Ukraine dan Puak Pemisah Pro Russia.

Sebaik sahaja Blackbox di serahkan .. pasukan ini mula merangka langkah bagi mengelirukan pihak2 yang ingin merampas blackbox tersebut. Mereka menyimpan blackbox didalam beg galas dan tiada siapa tahu di beg yang mana satu black box tersebut tersimpan.


Mej Mus yang boleh berbahasa Rusia. Salah seorang anggota pasukan khas tersebut turut boleh berbahasa Ukraine.

.. dan kebetulan sebaik sahaja penyerahan di buat Donetsk di serang oleh tentera ukraine. Pertempuran yang sangat sengit berlaku dengan tembakkan roket berganda dan menuver kereta kebal t-72 dan BMP bertali arus.

Bermula mimpi ngeri pasukan ini.

Dipendekkan cerita (haha tak boleh cerita oi) Blackbox Berjaya dibawa keluar dan tiada sebarang bayaran dan pampasan di beri kepada pemisah pro Russia.. dan mereka tak minta pun.

Pasukan ini bertolak lebih awal dari yang lain, tiba di RV yang dijanjikan oleh puak pemisah pro rusia.. namun mereka (pemisah) takde di RV tersebut. The dozen menunggu sehingga tengah malam barulah pemisah menghubungi mereka dan meminta hanya dua sahaja wakil mengikuti mereka ke penyerahan blackbox tersebut.

Terkini lokasi nahas dah jadi medan pertempuran di mana kedua2 pihak berbalas2 tembakan artileri. Pasukan penyiasat Malaysia gagal memasuki tapak nahas.



GaGaK

No comments:

Post a Comment