Pages

Friday, 29 August 2014

Tidakkah dunia merasa pelik? Rejim Israel GAGAL melemahkan Hamas & menghapuskan al-Qassam...

Sabtu, 30 Ogos 2014
Dua askar kita melangkah sambil memijak bendera Israel di luar Masjid Rasah Negeri Sembilan selepas Solat Jumaat...

Kesan perang 2014 kepada Israel

Kesan perang 2014 kepada Israel
Objektif utama serangan rejim Zionis ke atas Gaza selama 51 hari baru-baru ini adalah bertujuan :
1-Melemahkan Hamas
2-Menghapuskan al-Qassam
3-Memusnahkan pusat pelancaran roket
4-Memusnahkan terowong elit al-Qassam
Adakah rejim Zionis berjaya?
Jawapannya adalah TIDAK dan mereka sebenarnya telah gagal dalam mencapai objektif ini meski pun mereka telah membunuh 2,140 orang rakyat Palestin yang tidak berdosa dan menyebabkan kira-kira 500,000 orang yang lain kehilangan tempat tinggal mereka.
Bahkan :
1-Rejim Israel GAGAL untuk melemahkan Hamas
2-Rejim Zionis GAGAL untuk menghapuskan al-Qassam
3-Rejim Israel GAGAL untuk memusnahkan pusat pelancaran roket
4-Rejim Zionis GAGAL untuk memusnahkan terowong elit al-Qassam
Mereka juga :
Kerugian beratus bilion USD daripada operasi ketenteraan, industri pelancongan, industri penerbangan, kos penempatan semula, kos pembangunan semula penempatan pendatang Zionis dan lain-lain.
Trauma psikologi bukan sahaja tinggi di kalangan masyarakat Zionis biasa, bahkan juga di kalangan anggota tentera IDF sehinggakan membunuh diri adalah punca utama kematian di kalangan anggota IDF.
Lebih teruk lagi, Zionis kali ini terpaksa tunduk memenuhi tuntutan Hamas yang tidak diiktirafnya selama ini sebelum boleh membuka tajuk untuk gencatan senjata termasuklah membuka laluan masuk ke Gaza, meluaskan kawasan perikanan di pantai Gaza, pembinaan pelabuhan dan lapangan-terbang yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut, Israel tidak akan mensasarkan pimpinan Hamas di dalam dan di luar negara selain daripada peningkatan pengiktirafan antarabangsa terhadap Hamas.
Bagaimana mungkin ada orang berkata bahawa Zionis adalah kebal dan tidak boleh dikalahkan.
Saya amat meyakini bahawa Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin pasti boleh dibebaskan dalam masa beberapa tahun akan datang dengan izin Allah swt.
Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar...

Betulkah Hamas menang?

Betulkah Hamas menang? 
Hamas menang kerana tercapai semua matlamat perang terutamanya utk menundukkan Zionis Israel kepada semua tuntutan Hamas. 
Walaupun Zionis Israel membunuh ramai orang awam, tetapi mereka gagal mencapai semua objektif perang di Gaza, iaitu:
1. Hentikan roket
2. Hapuskan Hamas

Bahkan sebaliknya, kecekalan dan keazaman jiwa umat islam di Gaza khususnya dan amnya di seluruh dunia, semakin kuat; keimanan kpd janji Allah tentang kemenangan umat Islam juga semakin menebal. 
Di pihak Zionis Israel pula, semakin hari semakin luluh keberanian di dalam hati kecil mereka. Ketahuilah bahawa ketakutan itu juga merupakan senjata Allah.

Kenapakah Zionis semakin gagal ?

Kenapakah Zionis semakin gagal ?
1967 :
Rejim Zionis Israel yang mempunyai keanggotaan seramai 265,000 orang tenteranya telah berjaya mengalahkan gabungan kekuatan tentera negara-negara Arab yang telah diketuai oleh Mesir, Jordan, Syria, Kuwait, Irak dan lain-lain yang mempunyai keanggotaan seramai 540,000 orang tentera dalam peperangan 1967 yang berlangsung hanya 6 hari. Peperangan berakhir dengan kemenangan mudah kepada negara haram Israel.
2014 :
Rejim Zionis Israel yang mempunyai keanggotaan seramai 720,000 orang tentera yang turut dibantu oleh Amerika Syarikat, Mesir dan beberapa negara lain yang pro-Israel telah gagal untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai anggota pejuang seramai 30,000 orang setelah mereka menyerang selama 51 hari. Rejim Zionis telah gagal untuk melemahkan Hamas, gagal untuk memusnahkan pusat-pusat pelancaran roket dan gagal untuk memusnahkan terowong elit al-Qassam. Gaza mengistiharkan kemenangan setelah Israel dan sekutunya Mesir bersetuju untuk memenuhi tuntutan Hamas.
Tidakkah dunia merasa pelik bagaimana golongan pejuang yang kecil di wilayah Gaza yang terkepung ini tidak berjaya ditundukkan oleh Israel yang didokongi oleh kuasa-kuasa besar?

Written By canang

No comments:

Post a Comment