Pages

Saturday 9 August 2014

[Video] 'Ini Kalilah Kita Makan Basar'! Ribut PKR Akan Reda Atau Bertambah Kencang? Pemimpin & ahli PAS diminta bertenang!

Ahad, 10 Ogos 2014

Pecat Khalid: Ribut PKR Akan Reda Atau Akan Bertambah Kencang?

Kalau ribut semakin hebat, maka harapan mereka agar Kapal UMNO akan karam hanya akan tinggal harapan
Tetapi mungkin tongkang PKR yang akan pecah terlebih dahulu dan Bahtera PR juga mungkin hilang haluan dan terlanggar batu karang
Khalid utus peringatan pada Lembaga Disiplin 
mk - 7:16PM - 9 Aug 201
Peguam mewakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat peringatan kepada pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar tidak membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor itu dalam mesyuarat petang ini.
    
Surat itu diserahkan oleh peguam Edmund Bon kepada pengerusi badan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pagi ini.
    
Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata surat itu menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid.
    
"Ini termasuk selepas mendengar penjelasan daripada beliau pada sesi pendengaran pada 15 Ogos ini seperti yang Abdul Khalid pohon dalam suratnya kepada Tan semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.
    
Faekah berkata Lembaga Disiplin juga tidak boleh membincangkan nasib Abdul Khalid dengan kepemimpinan tertinggi PKR kerana ada antara mereka mempunyai kepentingan dalam usaha untuk menggantikan beliau daripada jawatannya.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kedudukan Abdul Khalid dalam PKR berkemungkinan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.
    
Anwar bagaimanapun berkata beliau sendiri tidak dapat memastikan nasib yang bakal menimpa Abdul Khalid, yang juga ADUN Pelabuhan Klang, dan segalanya terpulang kepada keputusan mesyuarat itu.
    
Abdul Khalid sebelum ini diminta hadir ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin parti berhubung dakwaan salah laku di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.
    
Menteri besar itu bagaimanapun telah menulis surat meminta badan itu menangguhkan sesi pendengaran dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos, berikutan tempoh masa yang diberikan kepada beliau untuk memberi penjelasan sangat singkat.
    
Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid, antara lain, diminta menjelaskan isu berkenaan penstrukturan semula industri air Selangor, elaun baharu Menteri Besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, isu pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
  
Posted by 
Keladak PKR ...
Keladak PKR .... Pemimpin, ahli PAS diminta bertenang.
Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
hari ini.
 http://bit.ly/1sIY2lt

Pemimpin & ahli PAS diminta bertenang

Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu.

Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan.

NOTA: Khalid perlu lakukan ini segera... !!

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR. - HARAKAHDAILY 9/8/2014
KERAJAAN RAKYAT

No comments:

Post a Comment