Pages

Monday, 18 August 2014

[Video] Pas Cadang Azizah Atau Azmin...MAT SABU PULA DIPERSALAHKAN?

Selasa, 19 Ogos 2014
Pas Cadang Azizah Atau Azmin Ganti Khalid


  Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.



Ini Bukan Sikap PAS - Subky Latif


PAS menerima keputusan Pakatan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
.

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.


"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
.

"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.


Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor 


Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.


Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar. "Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.


"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Amin (kiri).


Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. 

Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri Selangor. ~ 
Dicatat oleh 
MAT SABU PULA DIPERSALAHKAN?

KEPUTUSAN PR CALONKAH AZIZAH - MAT SABU PULA DIPERSALAHKAN

TERUK juga Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS kena hentam di dalam isu MB Selangor.  Jika Umno yang menghentam beliau, pastinya tidak pelik dan pastinya sepantas kilat Mat Sabu menyambar.  Malangnya, yang menghentam beliau adalah dari beberapa kelompok di dalam partinya sendiri.

Ramai jemaah yang tidak tahu mengapa sering benar Mat Sabu dihantar sebagai mewakili Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.  Banyak sudah Mesyuarat Majlis Presiden PR yang disertai oleh Mat Sabu sebagai wakil Tok Guru Presiden.  Ertinya, beliau amat dipercayai dan diamanahkan oleh Presiden dan parti.  Peliknya, apa yang berlaku jika ada keputusan dari Mesyuarat Majlis Presiden PR yang agak sukar diterima oleh kelompok ini, mereka melabelkan Mat Sabu sebagai "orang Anwar' dan takut kepada DAP.  


Aku terfikir mengapa kelompok ini yang tidak meyakini Mat Sabu sebagai wakil tertinggi PAS di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR itu tidak pernah bertanyakan, "Mengapa Tok Guru Hj Hadi sendiri hadir?  Bukankah kami lebih mempercayai Tok Guru?".  Mengapa itu tidak ditanyakan kepada Tuan Guru Presiden atau bertanyakan mengapa parti lebih suka menghantar Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sahaja?

Amat malang sekali yang membuat dakwaan buruk dan fitnah ke atas Mat Sabu ini bukan para penyokong atau ahli-ahli PAS bawahan.  Di kalangan mereka itu berpendidikan tinggi hingga ke tahap profesor bahkan ada yang bertaraf Ulamak serta Ustaz di dalam PAS.  Di dalam media-media sosial, mereka memperlekehkan dan mempersendakan Timbalan Presiden mereka sendiri yang dipilih majoriti dari ahli-ahli PAS di dalam Muktamar.  Mat Sabu jadi Timbalan Presiden melalui pertandingan yang sihat.  Ertinya jemaah yang memilih beliau.  


Walaupun teramat sedikit bilangan yang jumud seperti ini yang memperlekehkan kewibawaan Mat Sabu tetapi oleh kerana seorang dua yang bertaraf profesor atau ulamak, kesannya amat tidak baik kepada PAS.  Mereka lupa atau mungkin tidak kenal sejarah perjuangan Mat Sabu.  Memang amat sukar bagi Mat Sabu untuk berdepan dengan kelompok seperti ini yang fanatik dan jumud malahan jauh dari mengenali kaedah "Tahalluf Siyasi" yang diamalkan oleh PAS.  Jika berdepan dengan hujah Umno atau serangan dari Umno, tentunya Mat Sabu akan bangkit walaupun bersendirian untuk menentangnya.  Tetapi tidak tergamak buat Mat Sabu untuk berdepan dengan "cicak mengkarung" yang sebahagian dari jemaahnya itu.

Terlalu marah mereka apabila mendapat berita PR bersetuju untuk menghantar satu nama sahaja kepada Tuanku sebagai calon MB Selangor iaitu DS Wan Azizah.  Mereka cop Mat Sabu gagal membawa mesej PAS yang mahukan dua nama selain dari DS Wan Azizah iaitu Azmin Ali.  Mat Sabu sebenarnya telah membawa kesemua mesej PAS itu tiada dikurangkan mahupun sedikitpun ditambah.  Tetapi apakah Timbalan Presiden PAS itu boleh memaksa PKR dan DAP untuk mengikut kehendak PAS?  Lebih-lebih lagi adakah Mat Sabu boleh memaksa Azmin untuk terima cadangan PAS?  Azmin sendiri sebagai tokoh yang dinamakan oleh PAS secara terus terang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada DS Wan Azizah, Presidennya.  Bahkan, ada Akuan Bersumpah dari Azmin.  Tidakkah ini difahami oleh kelompok yang ingin mencalarkan nama Mat Sabu?

Di masa akan datang, jika kelompok ini tidak lagi yakin dan percaya kepada Mat Sabu sebagai wakil PAS di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR, aku rasa ada baiknya mereka usulkan kepada PAS bahawa setiap Mesyuarat Majlis Presiden PR diwajibkan Presiden PAS sendiri hadir kecuali uzur.  Apakah mereka berani berbuat demikian?  Apakah nawaitu mereka ingin melihat PAS keluar dari PR gagal, maka Mat Sabu dijadikan puncanya? 

No comments:

Post a Comment