Pages

Monday 4 August 2014

Woorrah! PERKASA dah sokong DAP & LGE

Isnin, 4 Ogos 2014
NGO pendesak Melayu PERKASA menyokong cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung larangan warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sokongan terhadap cadangan setiausaha agung DAP itu tidak bermaksud beliau menyokong dasar parti itu sebaliknya ia boleh membawa kebaikan kepada negara.

"PERKASA menyokong dasar tukang masak warganegara asing tidak boleh memasak masakan Pulau Pinang. Saya sokong apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) dan Nazri" kata Ibrahim Ali.

Sebelum ini Lim dilapor melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di negeri itu bagi mengelakkannya ”sesat” rasa dan kemudiannya kenyataan beliau disokong oleh Nazri.

Sekalipun dikritik oleh MCA, Nazri menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".

Hari ini, MCA membidas kembali Nazri kerana memperkecilkan parti itu serta mengatakan bahawa perkara itu tidak harus dilakukan oleh seorang menteri kabinet kanan sepertinya.

Mengulas lanjut, Ibrahim juga meminta agar cadangan larangan warganegara asing memasak masakan tempatan juga diluaskan ke seluruh negara.

Menurut ahli politik veteran itu loagi, perkara itu perlu dibuat memandangkan terdapat ramai tukang masak yang terlatih di universiti tempatan.

"Ramai pelajar-pelajar yang mengambil jurusan chef di universiti dan kolej tempatan. Kita boleh melatih mereka. Jadi kenapa nak ambil orang luar?" soal Ibrahim.

Posted by 

No comments:

Post a Comment