Pages

Friday, 12 September 2014

Bocor 1M'sia! Mana tanggungjawab mereka? Muhyiddin sudah jumpa kambing hitamnya...!

Jumaat, 12 September 2914


Kambing Hitam
Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.
Gambar: Dua Menteri & dua Timbalan Menteri.... #SoalanBocor #UPSR

Mana tanggujawap mereka?
Dua Menteri & dua Timbalan Menteri.... #SoalanBocor #UPSR

Mana tanggujawap mereka?

Gambar: #SoalanBocor #UPSR....Muhyiddin Yassin sudah jumpa kambing hitamnya...!!!


#SoalanBocor #UPSR....Muhyiddin Yassin sudah jumpa kambing hitamnya...!!!


Kebocoran kertas UPSR: Jika diikut budaya dan etika negara maju Menteri Pelajaran patut meletakkan jawatan


Posted by 
Kementerian Pelajaran telah menggantung tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan, Na’imah Ishak dan Pengarah Operasi Lembaga itu, Wan Ilias Wan Salleh berkaitan kebocoran kertas peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ini telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin yang kini sedang berada di luar negara kerana tugas rasmi kerajaan.  Penggantungan tugas kedua-dua orang pegawai kanan kerajaan ini merupakan tindakan yang betul kerana ia telah melibatkan lebih dari empat ratus ribu pelajar yang sedang mengambil peperiksaan itu.

Tindakan ini amat perlu kerana bagi mengekalkan intergriti Lembaga Peperiksaan khususnya dan Kementerian Pelajaran amnya. Kebocoran kertas peperiksaan ini sudah lama kedengaran berlaku dan kali ini merupakan kebocoran yang amat menakutkan untuk dihadapi oleh kanak-kanak sekolah yang sedang menguji kemampuan pembelajaran mereka.

Ia sudah pasti dilakukan oleh individu-individu yang tidak beramanah yang akan menjejaskan prestasi dan intergriti Lembaga Peperiksaan yang sangat penting bagi pembangunan pelajaran dan pendidikan Negara.

Sebagai sebuah Negara yang berdaulat pegawai-pegawai yang tidak jujur itu bertanggungjawab keatas kebocoran ini, tetapi dalam sebuah Negara maju, pemimpin yang memimpin itu perlu mengambil ‘accountability’ terhadap kesalahan yang sangat besar ini. Selalunya dinegara-negara maju Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian yang berlakunya kesalahan seperti itu.

Tetapi dinegara ini pemimpin Kementerian itu belum lagi mahu menerima hakikat bahawa mereka mempunyai ‘accountability’ terhadap kejadian ini. Itu sebabnya kejadian ini boleh diambil kesempatan oleh kerajaan memerintah untuk meminta Menteri bertanggungjawab untuk meletakkan jawatan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan negara kita ini adalah satu kerajaan yang mengambil isu ‘accountability’ ini sebagai isu yang sangat penting.

Jika Muhyidin mengambil tindakan untuk meletakkan jawatan, ianya akan pasti meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan hari ini dan boleh menunjukkan kepada rakyat ramai yang kerajaan kita ‘mean business’ terhadap semua perkara yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang berwibawa.

Tetapi kita semua boleh lihat samada isu ‘accountability’ ini dijadikan perkara dan isu penting bagi kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Beberapa tahun yang lalu beberapa orang banduan telah meluluskan diri dan keluar dari tahanan dari penjara di Korea. Walaupun Pengarah Penjara nya bertanggungjawab tetapi Menteri Dalam Negeri nya telah meletakkan jawatan setelah beberapa orang banduan dalam penjara di negara itu melepaskan diri  keluar dan melarikan diri ke pendalaman negara itu.

Dalam masa yang sama kalau kita masih ingat begitu ramai banduan dipenjara Kajang telah meluluskan diri dan lari menghilangkan diri di tempat persembunyian mereka. Tidak seorang pun yang mengambil tindakan mengambil ‘accountability’ dan Menteri di Kementerian Dalam Negeri tetap berada di pejabatnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di jabatan di bawah Kementeriannya.

Mungkin mengambil  ‘accountability’ seperti ini belum diambil serius oleh kerajaan kita tetapi sebagai sebuah negara yang baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan kita yang ke-57 mengambil ‘accountability’ dalam isu seperti ini sepatutnya sudah menjadi budaya dalam kepimpinan kita.

Elok kerajaan kita mengambil isu ini secara serius bagi menjaga intergriti kerajaan yang selama ini selalu tercemar oleh kerana tidak ada pihak yang mahu mengambil ‘accountability’ sebagai elemen yang sangat penting dalam sesebuah kerajaan yang berkepimpinan dan beretika.

Kerajaan perlu merangka tata-cara untuk menjadikan isu ‘accountability’ ini sebagai satu elemen dan budaya kepimpinan untuk negara untuk menjaga kewibawaan sesebuah kerajaan dan khususnya sebuah Kementerian itu.




No comments:

Post a Comment