Pages

Friday 12 September 2014

Lagi-lagi NAJIB BERBOHONG! Rakyat jugak kena kencing! FAKTA atau AUTA?

Sabtu, 13 September 2014
NAJIB Bohong...

BOHONG Lagi...


Jangan Lupa...GST 2015!
Posted & copy by 

Kau Nampak Tak...

FAKTA atau AUTA?

IPOH 10 Sept. - Usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Forum Kewangan Islam Global 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Perak menerima anugerah itu berdasarkan pembentangan yang pernah beliau lakukan beberapa tahun dahulu berhubung model Yayasan Bina Upaya (YBU) yang dirangka bertujuan membangunkan ekonomi sosial rakyat.

Katanya, anugerah tersebut akan disampaikan kepada kerajaan negeri pada forum berkenaan yang dijangka berlangsung pada 27 Oktober depan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Saya menerima e-mel pagi tadi memaklumkan kerajaan negeri Perak telah menerima anugerah khas ini.

"Anugerah ini menandakan pengiktirafan pihak antarabangsa terhadap usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan pembangunan sosial ekonomi serta membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Bayaran Bagi Pendapatan Terkumpul oleh Felcra Berhad (Felcra) kepada kerajaan negeri Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin.

YANG INI LAIN PULA NADA CERITANYA.................
Negeri Perak mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kedudukan itu amat mendukacitakan memandangkan Perak bukan sebuah negeri miskin.

“Mengikut rekod yang diberi Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di Perak pada 2012.

“Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8,600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Siva, perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat menunjukkan Perak merangkumi satu nilai yang memeranjatkan iaitu 16.36 peratus.

“Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri Perak dengan mencatat 16.22 peratus daripada jumlah yang direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia.

“Jumlah ini amat tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang paling ramai di Semenanjung Malaysia ialah Kelantan yang mencatat 1,048 dan 8,800 masing-masing.

Bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644) isi rumah.

vsivakumar“Negeri Perak juga menjadi naib johan bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah dengan 7,400 isi rumah dan Johor 7,000 isi rumah.

“Statistik yang dibekal Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri membuktikan Negeri Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik dalam menangani masalah kemiskinan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Justeru itu, Siva berkata, kerajaan Perak seharusnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi yang pernah dicapai suatu ketika dulu.

“Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur dan kini menjadi naib johan jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar,” katanya.

Namun, dalam keadaan uzur seperti ini, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih lagi boros melaksanakan projek yang tidak berfaedah kepada rakyat.

“Kerajaan Perak harus mengambil langkah sewajarnya untuk mencapai ‘miskin sifar’ dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau lagi.

YANG MANA SATU BETUL NI??? .. YANG MANA FAKTA YANG MANA AUTA?
Posted by 

No comments:

Post a Comment