Pages

Tuesday, 23 September 2014

LIPUTAN KES KASTAM : Jurukamera dikasari...

Selasa, 23 September 2014

Jurukamera diserang di mahkamah

SUASANA di luar Mahkamah Sesyen Jalan Duta kecoh apabila seorang jurukamera diserang oleh pengring lima pegawai kanan kastam yang dihadapkan ke mahkamah kerana kes rasuah melibatkan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang. Foto NOOR ASREKUZAIREY SALI, 22 Sept 2014.
SUASANA di luar Mahkamah Sesyen Jalan Duta kecoh apabila seorang jurukamera diserang oleh pengring lima pegawai kanan kastam yang dihadapkan ke mahkamah kerana kes rasuah melibatkan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang. Foto NOOR ASREKUZAIREY SALI, 22 Sept 2014.

Seorang jurukamera merangkap wartawan bebas Radio Televisyen Malaysia (RTM) diserang dan diugut oleh salah seorang yang dipercayai anggota kastam di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Jurukamera merangkap wartawan, Lutin Ahmad, 39, mendakwa dikasari oleh lelaki yang turut mengiringi lima pegawai kanan kastam yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menerima rasuah.
Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika jurugambar merakamkan gambar lima pegawai kanan kastam yang dibawa keluar dari bilik perbicaraan oleh beberapa anggota polis mahkamah.
"Ketika saya merakamkan imej mereka dibawa keluar di koridor sayap kiri tingkat dua mahkamah, salah seorang lelaki dipercayai pegawai yang mengiringi mereka mengangkat kedua-dua tangan sebagai menghalang kamera kami daripada merakam sambil menjerit kuat.
"Tiba-tiba dia yang tidak berpuas hati terus bertindak agresif mengkasari saya dengan menyentuh dan memusingkan leher saya sebelum saya hilang keseimbangan. Saya terjatuh sebelum lelaki itu bertindak lebih agresif cuba memijak saya," katanya.


Tambah Lutin, dia yang dibantu rakannya terus menuju ke arah lima tertuduh bagi merakam mereka.
Malangnya, kata Lutin, dia sekali lagi dikejar lelaki sama yang cuba menyerangnya namun berjaya dihalang rakan-rakan lain.
"Bagaimanapun dia yang kelihatan tidak puas hati dengan kami terus menjerit sambil  melontarkan ugutan terhadap saya supaya menunggu di kompleks mahkamah,"katanya sebelum lelaki itu beredar.

Menurut Lutin, beliau telah membuat liputan mahkamah sejak sekian lama namun tidak pernah dikasari.
"Inilah kali pertama saya terkejut melihat orang bertindak keterlaluan sehingga menyerang wartawan.
"Lagipun saya tak bersalah dan hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai media, dia tidak patut bertindak sedemikian terhadap kami media," katanya tanpa menjelaskan tindakan selanjutnya selepas ini berikutan insiden tersebut. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment