Pages

Monday 8 September 2014

"Mesti ada yang tak kena"...Ibrahim Ali puji Hadi tolak Wan Azizah?

Isnin, 8 September 2014
"Musuh bila dia sokong kita..."
Foto

Ibrahim Ali puji Hadi tolak Wan Azizah

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memuji Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada menjadi menteri besar Selangor.

Beliau mengucap tahniah kepada Hadi kerana akhirnya telah menunjukkan kepimpinan sebuah parti Islam, yang menurutnya telah tercemar sebelum ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Ibrahim berkata, kenyataan Hadi mengenai Wan Azizah ada asasnya kerana presiden PKR itu mungkin tidak mampu berdepan dengan DAP di Selangor.

"Apakah Wan Azizah mampu menghadapi tekanan atau dengan mudah boleh diperalatkan oleh DAP," soalnya.

Beliau juga berhujah bahawa jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim -  suami Wan Azizah - gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan dipenjarakan, maka Wan Azizah "akan menjadi MB yang akan menerima nasihat daripada seorang banduan".

Katanya, in kerana Wan Azizah sudah pun mengakui akan menerima nasihat daripada Anwar.

"Inilah mungkin yang menyebabkan Haji Hadi menolak Wan Azizah. Ianya mempunyai asas yang kukuh," katanya.
Malaysiakini.
 

No comments:

Post a Comment