Pages

Monday 8 September 2014

Oh Azizah..."Saya sedikit terguris"...Terima kasih kepada Hadi dan tidak lupa budi Pas

Isnin, 8 September 2014

TERKINI - Ucapan Terima Kasih Wan Azizah Atas Layanan Hadi Dan Pas Terhadapnya

Azizah ucap terima kasih kepada Hadi dan tidak lupa budi Pas

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sedikit terguris hati dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang membuat komen tentangnya tidak layak menjadi MB Selangor disebabkan kurang berkebolehan sepertinya.

Azizah dalam memberi reaksi kepada komen Abdul Hadi itu mengakui akan kelemahan dirinya dan akan berusaha untuk memperbaiki.


"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walau bagaimana pun tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh diperbaiki diri InsyaAllah," demikian kata Azizah dalam kenyataan yang diemailkan ke blog ini.

Beliau juga tetap mengenang budi baik pemimpin Pas yang banyak membantu dirinya dan keluarga terutamanya semasa suaminya Anwar Ibrahim dipenjara.

Kenyataan lima perenggan itu cukup rengkas tetapi padat sungguh mengharukan. Kita harap apa yang berlaku sama ada dipihak PKR dan teguran Abdul Hadi itu akan tambah mematangkan lagi politik presiden PKR itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Wan Azizah:

KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.

Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.

Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.

Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.

Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
8 September 2014 

- mso [wm.kl.7:04 pm 08/09/14]
BLM

No comments:

Post a Comment