Pages

Friday 5 September 2014

Orang baru kenal PAS rasa isu S'gor sudah berat...& Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS

Sabtu, 6 September 2014

Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS

MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)
Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.  (Foto bawah oleh Buletin Online) -HARAKAHDAILY 6/9/2014

Orang baru kenal PAS rasa isu Selangor sudah berat...

HARAKAHDAILY | .
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang baru mengenali dan menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku kini sangat teruk.

“Kepada mereka (ahli) yang baru menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang ‘mabuk laut’ dan pening,” ujarnya ketika berucap pada majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila petang semalam. (Video)

Beliau berkata, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sedikit sangat tetapi kepada mereka yang baru hendak belajar politik merasakannya sudah berat.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, kemelut yang berlaku di Selangor bukan masalah PAS.

"Masalah yang dibuat oleh rakan kita, yang kita terpaksa menolong memikulnya.

“Kita telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerajaan negeri Selangor kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan telah berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih hingga tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan,” jelasnya pada majlis yang dianjurkan PAS Negeri Terengganu itu.

Justeru, beliau mengingatkan ahli PAS berwaspada dengan ‘gelombang’ politik yang sedang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor agar tidak mengambil tindakan ‘bodoh’ dan merosakkan ‘bahtera PAS’.HARAKAHDAILY 6/9/2014

No comments:

Post a Comment