Pages

Friday 12 September 2014

Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas & Suspek dikenalpasti...

Jumaat, 12 September 2014

UPSR: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkuatkuasa serta-merta.

Sementara itu, Muhyiddin menambah, Timbalan Pengarah Pembangunan Keguruan, Datuk Misrah Ibrahim akan memangku tugas Dr Na'imah sementara kes UPSR bocor disiasat.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa
ditangguhkan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
Posted by Kedah Lanie 

Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti

Kementerian Pendidikan mengenalpasati beberapa individu yang disyaki bertanggungjawab ke atas kebocoran kertas ujian Science dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata pasukannya mengenalpasti individu tersebut, namun enggan mendedahkan lokasi yang menjadi tumpuan siasatan kerana bimbang akan menjejaskan tindakannya.

Katanya, kementerian itu kini bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kami diberitahu bahawa mereka sudah mengenalpasti beberapa individu yang mungkin bertanggungjawab,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Idris berkata beliau percaya individu yang bertanggungjawab akan ditahan tidak lama lagi.

"Kami akan temui pengkhianat itu, dan saya percaya hukuman maksimum akan dikenakan ke atas pihak bertanggungjawab,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas hukuman maksimum yang akan dikenakan kerana ia bergantung pada bentuk kesalahan yang dilakukan.

Beliau juga tidak mendedahkan sama ada suspek tersebut merupakan kakitangan kementeriannya.

“Saya tidakboleh cakap apa-apa sehingga siasatan itu lengkap,” kata Idris lagi.- mkini

No comments:

Post a Comment