Pages

Saturday, 20 September 2014

Penyokong Tegar UMNO tahu ke? Sabah & Sarawak Tiada GST...

Ahad, 21 September 2014

CERITA PASAL GST YANG MAK CIK-MAK CIK FELDA DAN PARA PENYOKONG TEGAR UMNO DI SEMENANJUNG TIDAK TAHU?


6 MEI: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya akan dikuatkuasakan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Semenanjung Malaysia sahaja.

Ia tidak akan menggantikan SST yang dikuatkuasakan di Sarawak dan Sabah, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Selasa.

Ahmad berkata, pelaksanaan cukai jualan ke atas minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 10 peratus dan cukai ke atas aktiviti perjudian sebanyak 15 peratus itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 95B (3).

“Di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri Sarawak 1998 dan Enakmen Cukai Jualan Negeri Sabah 1998, cukai jualan di kedua-dua negeri itu adalah hak kerajaan negeri.

“Ini bermakna walaupun GST dilaksanakan pada 1 April 2015, cukai jualan di Sarawak dan Sabah akan tetap berkuatkuasa,” jelas beliau.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat GST Peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kuching, Sarawak, hari ini.-bnbbc.my

Selama ini mungkin Mak Cik-Mak Cik Felda dan para pendokong dan penyokong totok UMNO di Semenanjung Malaysia, ingat, terutamanya negeri-negeri kubu kuat UMNO,  GST ini semua rakyat kena .. tiada pengecualiaan .. demi masa depan rakyat .. sistem percukaian yang terbaik dan terhebat ... tidak membebankan rakyat kata para pemimpin UMNO/BN termasuklah di Kutbah Jumaat dihebahkan.

Persoalannya .. mengapa di Sabah dan Sarawak rakyatnya tidak dikenakan cukai GST?
Posted by 

No comments:

Post a Comment