Pages

Wednesday, 3 September 2014

"Sekarang Baru Ada Akai" Hampir 6 juta PEKERJA ASING di M'sia...ISTERI DIULIT BANGLA!

Rabu, 3 Septemberb2014
Pasangan kantoi beromen diatas kereta




Sekarang baru ada akal. Sekarang baru menarik perhatian pemimpin BN. Sebelum ini pong-pang dalam TV cakap jumlah pekerja asing terkawal dan tidak membimbangkan.

Hari ini jumlah pekerja asing hampir 5.8 juta orang. Hampir 25% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Bagus sangatlah perkembangan ini. Duduk lama sikit dapat IC boleh ngundi.

Cukup tahun 2020 pekerja asing menjangkau 50% dari jumlah rakyat Malaysia. Ini bukan aku yang kata, menteri ini kata jumlah pekerja asing hari ini kira-kira 5.8 juta. Kalau macam inilah keadaannya adalah tidak mustahil tahun 2020 Malaysia dipenuhi dengan warga asing.
PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot hari ini menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.

Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini, hari ini.
Gambar: He he he.  Bagaimana Bangladesh ni dapat baju BN ya?
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.
Riot berkata, Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.

Beliau berkata, bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 September untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor.

Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan AwamBernama

NAFSU MEMUNCAK BILA LIHAT ISTERI DIULIT BANGLA

Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya. 

"Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.

"Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.
"Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.

"Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai," katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.

Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.

Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan. 

"Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.

"Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan," kata Ali. 

Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Lantak HANGPA la...

No comments:

Post a Comment