Pages

Tuesday, 23 September 2014

[Video] Namaku Muhamad bin Sabu! Baca doa, guna nama palsu...PAS lapor polis

Selasa, 23 September 2014



PAS lapor polis risalah hina Tok Guru

FUADHADINATA | .


TUMPAT: Bekas Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat membuat laporan polis terhadap penyebaran secara meluas risalah yang menghina Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pengkalan Kubor.

Katanya, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat perkara itu bagi mengelakkan mencetus perasaan tidak senang kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

“Kita terpaksa mengambil langkah itu demi menjaga maruah seorang pemimpin besar terhadap risalah yang tidak bertanggungjawab tersebut.

"Saya tampil membuat laporan polis sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab.

“Saya mengharap kepada pihak yang bertanggungjawab tampil memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat hari ini. -HARAKAHDAILY 23/9/2014

No comments:

Post a Comment